Permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2017 Online4620 views

Permohonan Kemasukan Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2017 Online. Berita baik buat pelajar lepasan SPM dan berminat menyambung pengajian peringkat tertinggi? Dikongsikan dari makluman Laman Web Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang memaklumkan bahawa Permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2017 Online kini dibuka. Program yang ditawarkan adalah Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin.

Permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2017 Online

Permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2017 Online 

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan beserta syarat dan link borang permohonan :-

Borang Permohonan

Sila lengkapkan Borang permohonan di bawah ini beserta dengan Borang PDPA dan email ke alamintake@alam.edu.my sebelum atau pada 9 April 2017 (sebelum 5.00 petang).

  1. Borang Diploma Kejuruteraan Marin
  2. Borang Diploma Pengajian Nautika

* Nota

Sekiranya anda terpilih untuk menghadiri sesi temuduga: –

  • Sila klik di SAMPLE PROFICIENCY TEST untuk sampel Ujian Masuk ALAM untuk anda mencuba. Anda perlu untuk menduduki Ujian Masuk jika anda dipilih untuk menghadiri sesi temuduga dan jika anda gagal, anda tidak akan dapat meneruskan proses temuduga.
  • Sila buat persediaan untuk temuduga dengan membaca dan melakukan beberapa kajian mengenai kursus yang anda memohon (Pengajian Nautika atau Kejuruteraan Marin) dan juga industri perkapalan dan industri maritim secara umum.

Syarat Permohonan

Sila baca syarat kemasukan dan kelayakan permohonan sebelum memohon :-

  1. SPM dengan sekurang-kurangnya ‘C’ atau kredit yang baik dalam 5 subjek
  2. Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan salah satu subjek samada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi (Diploma Pengajian Nautika). Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik. Pemegang Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah digalakkan untuk memohon.
  3. Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia tidak melebihi 25 tahun  pada 1 Jun 2016.
  4. Sihat dari segi fizikal dan mental
  5. Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
  6. Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
  7. Tidak rabun warna
  8. Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual bagi Pegawai Kadet Dek (Diploma Pengajian Nautika)
  9. Pengunaan cermin mata / kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 kuasa (Diploma Kejuruteraan Marin)

Manfaat/ Faedah Kerjaya

Graduan mempunyai peluang untuk belayar di seluruh dunia dengan syarikat-syarikat perkapalan terkemuka yang menawarkan gaji dan tanggungan faedah bebas cukai yang menarik.

Cara Hubungi

Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Alam Surat menyurat :
Pejabat Pos Masjid Tanah
78300, Masjid Tanah
Melaka
Tel No Sekretariat : 06-3882 307/ 314 

Laman Web : ALAM

Laman FB : www.facebook.com/akademilautmalaysia

Selamat memohon dan semoga berjaya buat permohonan program Diploma Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2017 Online.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives