Tugas Juruaudio Visual Gred N17

Deskripsi Tugas Dan Gaji Juruaudio Visual Gred N17. Berminat untuk memohon jawatan kosong Juruaudio Visual Gred N17? Berikut dikongsikan Senarai Tugas Juruaudio Visual Gred N17 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Jawatan Juruaudio Visual Gred N17 adalah salah satu jawatan kerajaan untuk lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil

Mereka yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Juruaudio Visual Gred N17, anda perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Menerusi makluman Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), terdapat 10 kekosongan jawatan di Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Permohonan akan ditutup pada 17 Disember 2017.

Tugas Juruaudio Visual

Deskripsi Tugas Juruaudio Visual Gred N17

Berikut adalah deskrispsi tugas seorang Juruaudio Visual Gred N17.

  • Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siaraya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan, menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggara peralatan alat audio visual.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji Juruaudio Visual Gred N17

Berikut adalah jadual gaji minimum/ maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Juruaudio Visual Gred N17.

  • GAJI MINIMUM : RM1,352.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM4,003.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00

Syarat Lantikan Juruaudio Visual Gred N17

Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan untuk menjadi Juruaudio Visual.

i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

A. warganegara Malaysia;

B. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

C. 1. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang perekabentuk multimedia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta memiliki lesen memandu kelas D; (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

DAN

D. memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].

ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Sumber SPA

Semoga perkongsian senarai tugas Juruaudio Visual Gred N17 boleh dijadikan panduan buat para pemohonan jawatan ini. Tahniah kepada mereka yang berjaya ditawarkan jawatan di sektor perkhidmatan awam kerajaan.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada
Jawatan Kosong Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakan dan sedang mencari pekerjaan dalam sektor pendidikan. Kerja kosong buat mereka yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh
Jawatan Kosong PTPTN. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing  untuk mengisi kekosongan jawatan  yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan  jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Jawatan Kosong SAINS Water. Perhatian buat mereka di luar sana yang sedang mencari kerja. Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikongsikan
Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad. Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Pos Malaysia Berhad dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara. Berita baik kepada mereka yang berminat dan ingin berkerja di dalam sektor awam. Kerja kosong buat mereka yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda kini berpeluang
Jawatan Kosong Yayasan Selangor. Perhatian buat mereka di luar sana yang sedang mencari kerja. Yayasan Selangor  dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh

Categories

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

Keep Updated With The Latest Job Posts!

error: Content is protected !!