Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19

Deskripsi Tugas Dan Gaji Juruteknik Komputer Gred FT19. Apakah skop kerja seorang Juruteknik komputer di Sektor perkhidmatan awam? Kepada yang berminat untuk memohon pekerjaan sebagai Juruteknik Komputer, antara jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil adalah Juruteknik Komputer Gred FT19. Berikut merupakan Senarai Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Sekiranya berminat, jawatan sebagai Juruteknik Komputer Gred FT19 ini boleh dipohon dengan pemohon membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepenuh masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19

 

Deskripsi Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Juruteknik Komputer Gred FT19.

  • Bertugas menjalankan penyelenggaraan sistem komputer. Antaranya termasuk penyelenggaraan pencegahan dan menyelenggara kelengkapan komputer. Selain itu, menjalankan tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi komputer dan operasi sistem dalam sesebuah syarikat juga merupakan tanggungjawab seorang Juruteknik Komputer.

Kumpulan : Pelaksana

Kementerian/Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Jadual Gaji Juruteknik Komputer Gred FT19

Berikut merupakan jadual gaji minimum/ maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,377.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Juruteknik Komputer.

    • Calon untuk lantikan mestilah memenuhi kelayakan seperti di bawah:
      • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
      • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
          • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
            (Gaji permulaan pada Gred FT19 iaitu RM1,377.00); atau
          • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya dengan pengiktirafan oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
            (Gaji permulaan pada Gred FT19 iaitu RM1,435.12); atau
          • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
            (Gaji permulaan pada Gred FT19 iaitu RM1,493.24).
  • Calon perlulah memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan setaraf dengannya yang mendapat pengiktirafan Kerajaan.

Sumber SPA

Selamat perkongsian maklumat jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19 boleh dijadikan panduan dan rujukan buat pemohon semua. Semoga anda berjaya menjawat jawatan yang diidamkan ini.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives