Cara Membuat Minit Mesyuarat Berkualiti Dan Lengkap

Cara Membuat Minit Mesyuarat Berkualiti Dan Lengkap. Minit Mesyuarat atau Minutes of Meeting (MoM) adalah penting dalam sesebuah mesyuarat kerana ianya akan menjadipanduan pekerja dan orang yang hadir atau tidak untuk mengetahui hasil keputusan sesuatu mesyuarat. Berikut disertakan cara membuat minit mesyuarat yang berkualiti, lengkap dan mudah.

Cara Membuat Minit Mesyuarat Berkualiti Dan Lengkap

FORMAT MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :
1. TAJUK MINIT MESYUARAT (Catatkan nama mesyuarat)
2. BIL / TAHUN 
3. TARIKH 
4. MASA 
5. TEMPAT 
6. KEHADIRAN 
6.1. Hadir Senaraikan nama ahli-ahli yang hadir mesyuarat bermula dengan nama Pengerusi mesyuarat. Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklah
mengikut ranking jawatan.
6.2. Hadir Bersama Senaraikan nama pegawai yang bukan ahli tetapi diundang khas untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.
6.3. Tidak Hadir Bersebab Senaraikan nama ahli-ahli mesyuarat yang tidak hadir dengan sebab.
6.4.Tidak Hadir Tanpa Sebab
       Senaraikan nama ahli-ahli mesyuarat yang tidak hadir tanpa sebab.
6.5.Urus Setia Senaraikan nama urus setia mesyuarat.

7. CATATAN MESYUARAT 

7.1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat
7.1.1. Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting atau arahan-arahan kerja yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi mesyuarat.
7.1.2. Semua catatan hendaklah diikuti dengan nota sama ada untuk makluman atau untuk tindakan agensi atau pegawai yang berkenaan. Contoh: Tindakan: Untuk Makluman atau Tindakan: KSPA, KSPS
7.2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau disahkan tertakluk kepada pindaan tertentu. Jika ada pindaan, nyatakan pindaan berkenaan.
7.3. Perkara-Perkara Berbangkit
7.3.1. Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas.
7.3.2. Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat                yang lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan.
7.3.3. Jika perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlu mengambil tindakan.
7.4. Perbincangan Kertas Kerja / Laporan Bulanan
7.4.1. Sekiranya ada kertas kerja utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat maka ruangan ini hendaklah merekodkan perkara berikut :
  • Tajuk kertas kerja
  • Agensi / Sektor / Unit yang menyediakan kertas kerja berkenaan.
  • Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan.
  • Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan.
  • Pandangan / komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan. f.  Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu berkenaan dan tindakan susulan yang perlu diambil seterusnya.
7.4.2  Sekiranya ada laporan yang yang telah dibentangkan, maka ruangan ini hendaklah merekodkan tajuk dan isi kandungan utama laporan tersebut mengikut apa yang telah dibentangkan oleh ahli-ahli mesyuarat.
7.5. Hal-Hal Lain Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang berkaitan tetapi tidak termasuk dalam agenda mesyuarat.
7.6. Penutup
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti:
7.6.1 Ucapan penghargaan dan terima kasih Pengerusi mesyuarat.
7.6.2 Tarikh mesyuarat berikutnya
7.6.3 Catatan mengenai masa mesyuarat tamat atau ditangguhkan.

8. URUSETIA 

Catatkan nama bahagian / unit yang bertanggungjawab dalam mengurusetiakan mesyuarat.

9. TARIKH 

Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.
Semoga artikel yang telah dikongsikan ini dapat dijadikan panduan kepada mereka yang memerlukannya. Moga anda berjaya dalam kerjaya anda di tempat baru anda.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives