Deskripsi Tugas Pemeriksa Kereta Motor AB19 JPJ

Deskripsi Tugas Dan Tangga Gaji Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19. Berminat untuk memohon kerja di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)? Berikut dikongsikan panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kerajaan di JPJ. Jawatan Pemeriksa Kereta Motor AB19 JPJ merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pemeriksa Kereta Motor AB19 JPJ beserta dengan jadual gaji minimum/ maksimum. Pada masa yang sama, syarat lantikan dan kelayakan juga boleh dirujuk seperti di bawah ini.

Mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Pemeriksa Kereta Motor AB19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sektor perkhidmatan awam, jom daftar sekarang juga. Tarikh tutup permohonan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 di Jabatan Pengangkutan Jalan adalah pada 14 Januari 2018.

Deskripsi Tugas Pemeriksa Kereta Motor AB19 JPJ

Pemeriksa Kereta Motor (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Berikut dikongsikan senarai Deskripsi Tugas Pemeriksa Kereta Motor AB19 di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Deskripsi Tugas Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19

  • Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.

Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan

Jadual Gaji

  • GAJI MINIMUM : RM1,362.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM4,034.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00

Syarat Lantikan Pemeriksa Kereta Motor AB19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED AB19

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau
  2. SVM : Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,420.12); atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,478.24).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED AB29

  1. Sijil dalam bidang kejuruteraan jentera, automotif daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB29: RM1,534.00). atau
  2. Diploma dalam bidang kejuruteraan jentera, automotif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB29: RM1,943.57).

Sumber SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pemeriksa Kereta Motor AB19 JPJ dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan penuh amanah untuk kemajuan negara Malaysia.

2 Comments

  1. Taufiq

    Salam tumpang tanya, kalau macam saya tak de pengalaman dalam jadi mekanik kenderaan. Ada peluang ke ? Tq

    Reply
  2. Nanthini a/p selwaraja

    In need govermont work

    Reply

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives