Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

Adakah anda seorang lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 SPA

Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.

  • Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.

Ibu Pejabat( S29/1 )

  1. Membantu pegawai merancang program keagamaan untuk semua Institusi.
  2. Membantu pegawai merangka dan menyelaras sistem pembelajaran keagamaan yang bersepadu.
  3. Menolong pegawai menilai keberkesanan program.
  4. Membantu pegawai menyediakan kertas kerja atau cadangan untuk mempertingkatkan lagi prestasi Unit Agama.
  5. Membantu pegawai menasihati institusi dalam masalah keagamaan yang dihadapi.
  6. Menolong pegawai mengeluarkan surat rayuan sumbangan derma di bulan Ramadhan.
  7. Membantu pegawai mengeluarkan surat arahan berkaitan urusan zakat fitrah.
  8. Menyediakan laporan program dan aktiviti.
  9. Memberi khidmat nasihat kepada pegawai dan kakitangan.
  10. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.
  11. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Ibu Pejabat( S29/2 )

  1. Membantu pegawai merancang dan menyelaras ceramah-ceramah dari institusi keagamaan.
  2. Membantu pegawai menerbitkan risalah keagamaan, buletin kerohanian, khutbah Jumaat, Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
  3. Menolong pegawai melaksanakan ceramah di institusi.
  4. Membantu pegawai membuat lawatan ke institusi untuk menentukan arahan Unit agama dilaksanakan dan mengetahui masalah lebih dekat.
  5. Membantu pegawai merancang program latihan yang bersesuaian kepada guru agama dan pembantu guru agama.
  6. Menolong pegawai menyelia dan memastikan pembantu guru agama di setiap institusi mencukupi dan berfungsi.
  7. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.
  8. Memberi khidmat nasihat kepada penghuni.
  9. Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Institusi

  1. Bertanggungjawab dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan Agama Islam di Institusi seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan.
  2. Mengatur dan menyusun jadual pelaksanaan program dan aktiviti agama di Institusi.
  3. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.
  4. Menyelia dan memantau perjalanan kelas agama fardhu ain dan kelas Al-Quran yang dikendalikan oleh Pembantu Guru Agama.
  5. Memberi khidmat nasihat kepada penghuni.
  6. Menyediakan laporan program dan aktiviti.
  7. Menyediakan artikel agama.
  8. Memberi panduan dan nasihat kepada institusi dalam aspek berkaitan Agama Islam.
  9. Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka Pulau Pinang dan Perlis.

Jadual Gaji Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29.

  • GAJI MINIMA : RM 1,439.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 5,672.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29.

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
    • b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c.
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
      3. Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95); atau

Syarat Bahasa Melayu :

  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. memenuhi kriteria di perenggan 1 (c);
    2. dan lulus Peperiksaan Khas; dan
    3. Had usia pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.

Sumber SPA

Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di SPA dan diucapkan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives