Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penilaian Gred W29

Berita baik buat lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Penilaian W29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penilaian

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 SPA

Skop kerja seorang penolong Pegawai Penilaian adalah :-

  • Kementerian Dalam Negeri

    Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

  • Kementerian Pengangkutan

    Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.

  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

    Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

  • Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)

    Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

  • Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi

    Memungut butir-butir mengenai jual beli harta, sewaan, hak milik tanah, mengira keluasan tanah, menganalisis butir-butir jual beli, mengawas dan melaksanakan urusan latihan dan pengurusan pentadbiran yang berkaitan.

Kumpulan : Pelaksana

Kem/Jab: Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Jadual Gaji Penolong Pegawai Penilaian Gred W29

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Penilaian Gred W29.

  • GAJI MINIMUMRM : RM1,498.00
  • GAJI MAKSIMUMRM : RM5,678.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 145.00

Syarat Lantikan – Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penilaian Gred W29

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
    • Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
    • Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,851.28).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penilaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber Portal Rasmi SPA

Diharap agar perkongsian Senarai Tugas dan Gaji Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Penilaian SPA dan diucapkan semoga berjaya dalam permohonan anda.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives