Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29

Perhatian buat lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan. Sekiranya anda berminat menceburi bidang perancangan tanah, cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan skop kerja atau deskripsi tugas Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

deskripsi tugas Penolong Pegawai Rancangan Tanah

Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29 SPA

Kumpulan : Pelaksana

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29.

  • GAJI MINIMA : RM 1,494.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 5,674.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29 Dan Syarat Lantikan

Diantara tanggungjawab dan skop kerja Penolong Pegawai Rancangan Tanah Fred G29 adalah speerti berikut :-

Bertanggungjawab melaksanakan program kerja pengurusan rancangan, menyelia, mengawasi, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti untuk urusan kebun, meliputi aktiviti kebersihan ladang, pembajaan, kawalan makhluk perosak tanaman dan penghasilan kebun getah dan sawit, merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan aktiviti pentadbiran dan pembangunan masyarakat.

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29.

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
    • b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c.
      1. Diploma dalam bidang perladangan, pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).

Syarat Bahasa Melayu :

  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penyelia Rancangan Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber SPA

Diharap agar perkongsian syarat lantikan dan gaji serta Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Rancangan Tanah di SPA dan diucapkan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives