Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29

Adakah anda seorang lulusan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC  yang sedang mencari pekerjaan? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong jawatan ini, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Siasatan

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 SPA

Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini. Tugas-tugas merangkumi aspek:

  1. Siasatan
  2. Perisikan
  3. Pendidikan Masyarakat
  4. Pemeriksaan dan Perundingan
  5. Perundangan dan Pendakwaan
  6. Penyelidikan dan Perancangan
  7. Latihan
  8. Keselamatan
  9. Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am

Kumpulan : Pelaksana, Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Jadual Gaji P29

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Siasatan Gred P29.

  • GAJI MINIMA : RM 1,829.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 5,801.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 150.00

Syarat Lantikan : Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a) Warganegara Malaysia;
  • b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • c)
      1. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, perakaunan, undang-undang atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,824.00)
      2. Diploma dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,863.82)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber: Portal Rasmi SPA

Semoga perkongsian senarai Tugas dan gaji Penolong Pegawai Pendaftaran ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Pendaftaran di SPA dan diucapkan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives