Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti yang berikut:
Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Pengurus Pemasaran
- Timbalan Pengurus Pemasaran
- Eksekutif Kanan Pemasaran
- Penolong Perancang Bahasa Gred S27
- Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
- Pembantu Penerbitan Gred N17
- Pengawal Keselamatan Gred KP11
Tarikh Tutup Permohonan : 8 Februari 2016
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu. Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003.
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan DBP (Borang PSM:12/2014 (Pindaan Pent. 27/99). Borang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang DBP.
- Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
- Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap TIDAK BERJAYA.