Panduan buat semua yang berminat dan berkelayakan. Tahukah anda bilakah tarikh bagi permohonan guru ganti Sekolah Rendah dan Menengah 2019? Buat pengetahuan semua, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Ganti di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Jawatan ini merupakan antara jawatan yang boleh dipohon jika anda berkelulusan SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah.
Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong ini secara rasmi, anda boleh membuat permohonan secara atas talian dan permohonan dibuka sepanjang tahun.
Permohonan Guru Ganti Di Sekolah Rendah Dan Menengah 2019
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan Guru Ganti Rendah dan Menengah 2019 buat rujukan semua:
KETERANGAN PROGRAM
- Tajuk: Pengambilan Guru Ganti untuk ditempatkan di sekolah rendah dan menengah
- Nama Majikan: Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
- Tempat Kekosongan: Pulau Pinang
- Nama Jawatan: Guru Ganti Rendah dan Menengah
- Status Jawatan: Kontrak/ Pekerja Sambilan Harian
- Tempoh Lantikan: minimum 1 bulan, maksimum 2 bulan untuk setiap lantikan (lantikan boleh dibuat semula jika terdapat kekosongan dan peruntukan)
- Tarikh Tutup Permohonan: Dibuka Sepanjang Tahun
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
1) Kelayakan Permohonan Guru Ganti
Calon-calon hendaklah:
- Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada pemohon yang tinggal di daerah Timur Laut, Pulau Pinang)
- Sihat tubuh badan
- Umur tidak melebihi 18 hingga 30 tahun pada tarikh tutup permohonan (bagi bukan siswazah) dan 18 hingga 35 tahun (bagi siswazah)
- Memenuhi beberapa syarat-syarat tambahan seperti berikut:
- Bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah daerah Timur Laut, Pulau Pinang
- Boleh mengajar di sesi pagi atau petang
- Memiliki pengangkutan sendiri untuk pergi ke sekolah yang ditempatkan
- Selain itu, calon mestilah memiliki ciri-ciri seperti berikut:
- Berperwatakan menarik
- Berpengetahuan
- Mempunyai ciri kempimpinan dan lain-lain
2) Kelayakan Akademik
Kelulusan akademik minima yang dibenarkan adalah SPM. Walau bagaimanapun, calon kelulusan STPM, Diploma dan Ijazah juga turut boleh memohon. Calon-calon mesti mempunyai kelulusan akademik yang ditetapkan seperti berikut:
- Bagi yang memiliki sijil SPM/ Matrikulasi/ A-Level:
- Lulus dalam Ujian Lisan Bahasa Melayu serta memperoleh sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu dan 4 mata pelajaran lain termasuk yang akan diajar (bagi kategori guru di SK/ SJKC/ SJKT/ SMK/ SMJK).
- Lulus dalam Ujian Lisan Bahasa Melayu serta memperoleh sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil dan 2 mata pelajaran lain (bagi kategori guru yang mengajar subjek Bahasa Cina/ Bahasa Tamil).
- Ujian Lisan Bahasa Melayu (LULUS) serta memperoleh sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab atau Pendidikan Islam dan 2 mata pelajaran lain (bagi kategori guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam/ Bahasa Arab).
- Lulus dalam Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta memperoleh sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik/ Matematik Tambahan atau Sains/ Biologi/ Kimia/ Fizik (bagi kategori guru yang mengajar mata pelajaran berdwi-bahasa seperti Matematik/ Matematik Tambahan/ Sains/ Biologi/ Kimia/ Fizik)
- Bagi lulusan STPM/ STAM
- Mempunyai sijil STPM/ STAM
- Lulus pengajian am dan 3 mata pelajaran lain dengan minimum C NGMP 2.00.
- Bagi lulusan Diploma
- Mempunyai sijil Diploma – disertakan dengan transkrip peperiksaan atau Surat Tamat Pengajian/ Konvokesyen Tidak Terima
- Bagi lulusan Ijazah
- Mempunyai sijil Ijazah – disertakan dengan Transkrip peperiksaan atau Surat Tamat Pengajian/ Konvokesyen Tidak Terima
3) Salinan dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran
Antara dokumen penting yang perlu disertakan semasa pendafataran adalah seperti berikut:
- Sijil Lahir
- Kad Pengenalan
- Sijil Berhenti Sekolah Terakhir
- Sijil Akademik Tertinggi seperti SPM/STPM/Diploma/Ijazah/Master/PhD
- Surat Lantikan Ahli KGSK – jika ada
- Sijil Pencapaian Ko-Kurikulum Peringkat Tertinggi
KADAR ELAUN
Kadar elaun bagi guru ganti dibayar mengikut harian berkerja. Berikut adalah senarai kadar elaun berdasarkan kelulusan tertentu:
- SPM: RM54/hari
- STPM/ DIPLOMA: RM72/hari
- Ijazah: RM100/hari
PANDUAN MEMBUAT PERMOHONAN SECARA ONLINE
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan berikut : Borang Permohonan Online Guru Ganti
- Untuk permohonan buat kali pertama, pemohon perlu mendaftar dahulu sebelum mengisi maklumat yang diperlukan.
- Setiap pemohon diharap agar mengemaskini butiran maklumat peribadi yang diperlukan dalam borang permohonan online tersebut. Calon-calon akan disenarai pendek dan hanya yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Borang permohonan tersebut boleh dikemaskini sepanjang tahun.
- Bagi sesi temuduga, penilaian akan dibuat terhadap calon mengikut instrumen dan bahan PAK21 yang dilampirkan.
- Selain daripada membuat permohonan secara online, pemohon juga boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang berwarna biru yang boleh didapati di kaunter PPDTL.
KELEBIHAN JAWATAN
Antara kelebihan-kelebihan bagi yang menyandang jawatan ini adalah:
- Gaji dengan berbagai-bagai imbuhan menarik
- Cuti Tahunan
- Cuti Sakit dan lain-lain
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Permohonan dijalankan sepanjang tahun 2019. Hal ini kerana status jawatan adalah kontrak dan kebanyakan calon yang memohon adalah bersifat sementara iaitu menunggu mendapat pekerjaan tetap.
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian permohonan Guru Ganti Sekolah Rendah dan Menengah ini dapat memberi manfaat.