Tugas Juruaudio Visual Gred N19 Dan Gaji

Deskripsi Tugas Dan Gaji Juruaudio Visual Gred N19. Berminat untuk memohon jawatan kosong Juruaudio Visual Gred N19? Berikut dikongsikan Senarai Tugas Juruaudio Visual Gred N19 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Jawatan Juruaudio Visual Gred N19 adalah salah satu jawatan kerajaan untuk lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil

Mereka yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Juruaudio Visual Gred N19, anda perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Menerusi makluman Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), terdapat 10 kekosongan jawatan di Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Permohonan akan ditutup pada 17 Disember 2017.

Tugas Juruaudio Visual

Deskripsi Tugas Juruaudio Visual Gred N19

Berikut adalah deskrispsi tugas seorang Juruaudio Visual Gred N19.

  • Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siaraya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan, menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggara peralatan alat audio visual.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji Juruaudio Visual Gred N19

Berikut adalah jadual gaji minimum/ maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Juruaudio Visual Gred N17.

  • GAJI MINIMUM : RM1,352.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM4,003.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00

Syarat Lantikan Juruaudio Visual Gred N19

Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan untuk menjadi Juruaudio Visual.

i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

A. warganegara Malaysia;

B. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

C. 1. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang perekabentuk multimedia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta memiliki lesen memandu kelas D; (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

DAN

D. memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].

ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Sumber SPA

Semoga perkongsian senarai tugas Juruaudio Visual Gred N19 boleh dijadikan panduan buat para pemohonan jawatan ini. Tahniah kepada mereka yang berjaya ditawarkan jawatan di sektor perkhidmatan awam kerajaan.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives