Tugas Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41

Deskripsi Tugas Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 SPA. Adakah berminat untuk menceburi pekerjaan dalam bidang Perusahaan? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 di SPA kerana ia mungkin dapat menepati citarasa anda. Apakah anda ingin tahu deskripsi tugas Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 beserta tangga gaji? Jawatan Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Tugas Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41

Deskripsi Tugas Dan Gaji Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 SPA

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.

Deskripsi Tugas Pegawai Perhubungan Perusahaan SPA Gred S41

Antara tanggungjawab Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 adalah seperti berikut:

  • Bertugas ke atas penggubalan dasar perburuhan, pentadbiran undang-undang dan standard perburuhan, keharmonian perusahaan dan hal ehwal kesatuan sekerja, memantau dan menguatkuasakan akta yang berkaitan, memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan, merancang dan menjalankan aktiviti perkhidmatan pekerjaan serta mempromosi bagi meningkatkan kebajikan dan kepentingan masyarakat industri.

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Sumber Manusia

Jadual Gaji Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 2,078.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 9,544.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00

Syarat Lantikan : Deskripsi Tugas Pegawai Perhubungan Perusahaan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,078.00); atau
      • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.   (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,281.86); atau
      • ijazah sarjana muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,384.07); atau
      • ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S41 iaitu RM2,690.70)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
    • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada
Jawatan Kosong Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakan dan sedang mencari pekerjaan dalam sektor pendidikan. Kerja kosong buat mereka yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh
Jawatan Kosong PTPTN. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing  untuk mengisi kekosongan jawatan  yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan  jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Jawatan Kosong SAINS Water. Perhatian buat mereka di luar sana yang sedang mencari kerja. Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikongsikan
Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad. Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Pos Malaysia Berhad dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara. Berita baik kepada mereka yang berminat dan ingin berkerja di dalam sektor awam. Kerja kosong buat mereka yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda kini berpeluang
Jawatan Kosong Yayasan Selangor. Perhatian buat mereka di luar sana yang sedang mencari kerja. Yayasan Selangor  dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

Keep Updated With The Latest Job Posts!

error: Content is protected !!