Tugas Pembantu Hidupan Liar Gred G11 & G19

Berminat mengendalikan hal berkaitan hidupan liar? Jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G11/G19 mungkin dapat menarik minat anda. Jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G11/G19 ini adalah antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil.

Untuk memohon jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G11/G19 secara rasmi, mereka yang berminat boleh melakukan pendaftaran dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera kepada yang berminat.

Tugas Pembantu Hidupan Liar Gred G11 & G19

Deskripsi Tugas Pembantu Hidupan Liar Gred G11/G19 (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Hidupan Liar Gred G11/G19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Antara tanggungjawab Pembantu Hidupan Liar Gred G11/G19 adalah:

  • Menolong Ketua Daerah melaksanakan kerja-kerja pentadbiran jabatan pada peringkat daerah, menjadi ketua kepada unit kakitangan dalam mengendalikan kerja pengurusan, pemantauan, serta penguatkuasaan hidupan liar dan melaksanakan program pembangunan jabatan dan bertugas sebagai fasilitator dalam kursus-kursus pendidikan.
  • Bertugas menjadi ketua kepada kakitangan dalam melakukan rondaan, serang hendap dan penggeledahan di bawah Akta Perlindungan Hidupan No. 76/72, menyiapkan kertas pertuduhan, mengetuai kerja mengatasi gangguan hidupan liar, menyelia stor serta menolong ketua jabatan melakukan kerja-kerja pentadbiran.

Kumpulan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Jadual Tugas Pembantu Hidupan Liar Gred G11/G19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Hidupan Liar Gred G11/G19 adalah seperti di bawah.

Gred G11:

  • GAJI MINIMUM : RM 1,357.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,008.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Gred G19:

  • GAJI MINIMUM : RM 1,200.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 2,977.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 80.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G11/G19.

  • Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G11
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya .
      (Gaji awal bermula pada Gred G11 iaitu RM1,200.00).
    • Calon bagi lantikan Pembantu Hidupan Liar Gred G11 mestilah memperolehi Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya .
  • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G19
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,357.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,413.40); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya  serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,469.80).
    • Calon bagi lantikan ke Pembantu Hidupan Liar Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya .

Sumber: SPA

Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G11/G19. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives