Tugas Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 Serta Gaji

Deskripsi Tugas Dan Gaji Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 JPJ. Berminat dengan jawatan Pembantu Peguasa JPJ di mana terdapat 296 kekosongan pada Januari 2018 ini? Apakah skop kerja seorang Pembantu Penguat Kuasa dalam sektor perkhidmatan awam terutama di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)? Kepada yang berminat untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Penguat Kuasa, antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon dengan kelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil adalah Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19. Berikut merupakan Senarai Tugas Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 termasukjadual gajiminimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Sekiranya berminat, jawatan sebagai Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 ini boleh dipohon dengan cara membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran perlu dibuat secara atas talian atau online.

Tugas Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 JPJ

Deskripsi Tugas Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 Dan Gaji

Apakah Tugas Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19? Berikut adalah skop kerja Pembantu Penguatkuasa dan tangga gaji jawatan ini.

  • Menolong dalam menjalankan operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan  kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian Atau Jabatan

Jadual Gaji Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19

Maklumat gaji minimum atau maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,360.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Antara kelayakan untuk menjadi seorang Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 adalah.

  • Memiliki kewarganegaraan Malaysia;
  • Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau yang setaraf dengannya .
      (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,360.00); atau
    • bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya atau lebih tinggi. Juga telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang memuaskan dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
      (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,360.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,416.40); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,472.80).
  • Menepati standard sifat fizikal dan pancaindera seperti di bawah:
    • ketinggian tidak kurang dari 1.57 meter untuk lelaki dan 1.53 meter untuk perempuan dalam keadaan tidak memakai kasut;
    • mempunyai berat tidak kurang dari 48 kilogram untuk lelaki dan 46 kilogram untuk perempuan;
    • memiliki bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
    • mempunyai saiz ukuran dada yang normal tidak kurang dari 79 sentimeter dan 84 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja);
    • lulus ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan yang dilakukan secara berasingan menggunakan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata;
    • mentafsir warna dan bunyi tanpa cela; dan
    • telah menjalani pemeriksaan dengan pengamal perubatan berdaftar serta dipersetujui lulus untuk berkhidmat.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon bagi lantikan dengan kelayakan SPM perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Sumber SPA

Selamat memohon kepada semua yang berminat. Diharap agar maklumat deskripsi tugas Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 ini dapat membantu dalam membuat perrmohonan.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives