Tugas Pembantu Veterinar/ Penolong Pegawai Veterinar

Deskripsi Tugas Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar SPA Dan Gaji. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Sekiranya anda seorang pencinta haiwan, jawatan Pembantu Veterinar atau PenolongPegawai Veterinar mungkin sesuai untuk anda. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang memerlukan kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil sekiranya ingin dipohon.

Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, jangan membuang masa dan daftarlah dengan segera.

Tugas Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar

Deskripsi Tugas Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar

Pembantu Veterinar

Tanggungjawab Pembantu Veterinar adalah:

  • Bertugas melaksanakan kerja-kerja pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Sokongan. Juga menjalankan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, menyediakan khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan dan pelbagai tugas lain yang berkenaan yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.

Penolong Pegawai Veterinar

Tanggungjawab Penolong Pegawai Veterinar adalah:

  • Bertugas mengurus serta mentadbir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, mengurus Pusat Kuarantin Haiwan, mengurus Abattoir Jabatan, mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) serta Kawasan Tumpuan Sasaran Integrasi Ternakan dengan perladangan.
  • Bertugas mengemaskini data-data dalam sistem maklumat berkomputer, mengendalikan rekod-rekod ternakan berkenaan pertolongan Jabatan, melaksanakan aktiviti pembangunan dan pemantauan industri ternakan. Juga melakukan aktiviti pengembangan veterinar dan khidmat nasihat serta rundingcara berkenaan hal veterinar kepada pelanggan Jabatan.
  • Bertugas membantu Pegawai Veterinar melakukan survelen kawalan penyakit haiwan ternakan, merawat ternakan haiwan yang memerlukan dan menjalankan penyelidikan haiwan. Juga  melaksanakan aktiviti pembiakbakaan ternakan serta bertugas melakukan aktiviti pelalian penyakit ternakan, dan pensampelan untuk kajian penyakit.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Pertanian atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Jadual Gaji Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar adalah seperti di bawah.

Gred G29:

  • GAJI MINIMUM : RM 1,494.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 5,674.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Gred G19:

  • GAJI MINIMUM : RM 1,357.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,008.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan;

Syarat Lantikan Ke Jawatan Pembantu Veterinar Gred G19

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
    (Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,357.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,357.00).
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,413.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,469.80).

Syarat Lantikan Ke Jawatan Penolong Pegawai Veterinar Gred G29

  • Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
    (Gaji awal bermula pada Gred G29 iaitu RM1,494.00); atau
  • diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji awal bermula pada Gred G29 iaitu RM1,923.06).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian jawatan Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar ini dapat membantu para pemohon. Selamat memohon dan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives