Tugas Renjer Hutan dan Penolong Pemelihara Hutan

Deskripsi Tugas Renjer Hutan dan Penolong Pemelihara Hutan SPA Serta Gaji. Jika anda berkelulusan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil, jawatan Renjer Hutan dan Penolong Pemelihara Hutan mungkin sesuai untuk anda. Berikut disediakan Senarai Tugas Renjer Hutan dan Penolong Pemelihara Hutan termasuk jadual gaji minimum dan maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi kekosongan jawatan kerajaan sebagai Renjer Hutan dan Penolong Pemelihara Hutan ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan bertindak dengan segera.

Tugas Renjer Hutan dan Penolong Pemelihara Hutan

Deskripsi Tugas Renjer Hutan dan Penolong Pemelihara Hutan

Antara tanggungjawab Renjer Hutan dan Penolong Pemelihara Hutan adalah:

  • Mengawalselia urusan-urusan Pembangunan Hutan, Operasi, Penguatkuasaan Kilang, Pencerobohan Hutan Rekreasi di bawah jagaan Renjer.
  • Mengawalselia kakitangan dan barang tugasan harian.
  • Datang ke mesyuarat-mesyuarat yang berkenaan dengan Jabatan.
  • Menyediakan laporan-laporan kepada Pegawai Hutan mengenai kemajuan urusan-urusan pembangunan.
  • Mengawalselia tugas operasi termasuk kutipan hasil keluaran kayu hasil hutan.
  • Menyemak dan memantau lesen operasi hutan dan industri berasaskan kayu.
  • Terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang hutan dan industri berasaskan kayu serta mengambil tindakan apabila perlu.
  • Menyediakan laporan kepada tuan Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja penebangan usahasilan, penguatkuasaan pelesenan pada setiap bulan dan menjalankan arahannya.
  • Mengawalselia kakitangan dan peringkat pekerja Pengawas Hutan/Kanan di Renjer dan Rekreasi.
  • Mengawalselia urusan pembangunan, inventori dan rawatan hutan.
  • Menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel, kursus dan lain-lain arahan Pegawai Hutan dari semasa ke semasa.

Kumpulan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pengawas Hutan Gred G11 dan G19.

  • 1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G19
        • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada daripada institut latihan perhutanan Sabah atau sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,413.40); atau
      • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G29
        • Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji awal bermula pada Gred G29 iaitu RM1,494.00).
        • diploma dalam bidang perhutanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji awal bermula pada Gred G29 iaitu RM1,847.86).
  • Calon bagi lantikan ke Pembantu Hidupan Liar Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya .

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

  • Bagi Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawas Hutan di Gred G19/20, G22, G26 atau G28, mereka layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pemelihara Hutan Gred G29, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • memenuhi kelayakan di perenggan 1(c); atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan
    • berumur tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur tidak lebih dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 58 tahun; atau
    • berumur tidak lebih dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 60 tahun.

Sumber: Portal Rasmi SPA

Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan Renjer Hutan dan Penolong Pemelihara Hutan. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives