Tugas Pembantu Syariah Gred LS19

Deskripsi Tugas Pembantu Syariah Gred LS19. Jawatan Pembantu Syariah Gred LS19 adalah salah satu jawatan kerajaan untuk lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Syariah Gred LS19untuk panduan semua. Juga dikongsikan jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Buat mereka yang berminat mengisi jawatan kosong Pembantu Syariah Gred LS19, anda perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Untuk makluman, terdapat 11 kekosongan jawatan di Jabatan Kehakiman Malaysia yang diiklankan di Portal Rasmi SPA dimana tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Disember 2017. Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook SPA.

Tugas Pembantu Syariah Gred LS19

Senarai Tugas Pembantu Syariah Gred LS19

Berikut adalah Deskripsi Tugas Pembantu Syariah Gred LS19

Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan syariah, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah Syariah.

Kumpulan: Pelaksana

Kementerian/ Jabatan: Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Jadual Gaji Pembantu Syariah Gred LS19

  • GAJI MINIMUM : 1,355.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM RM4,007.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00

Syarat Lantikan Pembantu Syariah Gred LS19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. 1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:

  • Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
  • Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,355.00); atau

2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,411.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,467.80).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Sumber SPA

Selamat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Syariah Gred LS19. Semoga anda berjaya.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada
Jawatan Kosong Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakan dan sedang mencari pekerjaan dalam sektor pendidikan. Kerja kosong buat mereka yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh
Jawatan Kosong PTPTN. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing  untuk mengisi kekosongan jawatan  yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan  jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Jawatan Kosong SAINS Water. Perhatian buat mereka di luar sana yang sedang mencari kerja. Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikongsikan
Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad. Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Pos Malaysia Berhad dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara. Berita baik kepada mereka yang berminat dan ingin berkerja di dalam sektor awam. Kerja kosong buat mereka yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda kini berpeluang
Jawatan Kosong Yayasan Selangor. Perhatian buat mereka di luar sana yang sedang mencari kerja. Yayasan Selangor  dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh

Categories

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

Keep Updated With The Latest Job Posts!

error: Content is protected !!