Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong

Panduan buat anda ingin membuat permohonan kerja kosong. Berikut dikongsikan contoh surat permohonan kerja kosong. Buat makluman semua, surat permohonan kerja biasanya disertakan bersama resume semasa dihantar ke majikan. Ia membantu menyerlahkan sifat profesionalisme dalam diri anda.

Surat permohonan boleh ditulis dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris mengikut kesesuaian jawatan yang dipilih.

Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong

Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong (Sektor Swasta)

Surat permohonan kerja kosong dapat dirangka seperti contoh di bawah:

CONTOH 1

Zuhaidi Bin Hilmi
No. 7 Jalan Peserai Jaya 1,
Taman Peserai Jaya,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim

_____________________________________________

Pengurus Besar
ABC Auto Service,
No. 100 Jalan Rahmat,
Taman Maju,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim

16 Julai 2018

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTERA

Merujuk perkara di atas, saya Zuhaidi Bin Hilmi (No. KP 930801015501) dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai jurutera di organisasi tuan.

2. Buat makluman tuan,  sebelum ini saya pernah memegang jawatan sebagai Jurutera di sebuah syarikat kejuruteraan di Sepang. Saya juga memiliki pengalaman yang luas dalam bidang automotif serta menguasai kemahiran menggunakan perisian khas dalam komputer.

3. Saya yakin bahawa kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang sedia ada. Sudah menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan organisasi tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dari segi pentadbiran dan servis.

4. Bagi memudahkan pihak tuan/puan, saya juga menyertakan resume serta lampiran sijil-sijil yang disahkan untuk rujukan tuan/puan. Saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan menghubungi saya di talian 0147752121 untuk tindakan lanjut.

Diharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
………………………………
(ZUHAIDI BIN HILMI)
Jurutera,
Malaysia Airlines Berhad.

CONTOH 2

Pengarah,
Sumber Manusia
Jabatan Kerja Raya
Daerah Batu Pahat
83000, Batu Pahat, Johor
16 Julai 2018

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA

Perkara di atas dirujuk. Saya Nur Aina Najwa Binti Yahya, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan.

2. Buat makluman tuan/puan, saya merupakan seorang pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Skudai. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Jun 2017.

3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai seorang kerani di Maju Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap. Tambahan pula, syarikat tuan/puan terletak berhampiran dengan rumah saya, yang secara tak langsung menjadikan urusan perjalanan ke kerja lebih mudah.

Saya berharap bahawa permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan menghubungi saya di talian 0147752121 untuk tindakan lanjut. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
………………………….
(NUR AINAA NAJWA BINTI YAHYA)
Kerani,
Maju Sdn. Bhd.

Diharap agar perkongisan Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat berjaya memohon jawatan kosong yang diingini.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives