Deskripsi Tugas Ahli Muzik SPA Dan Gaji

Berminat menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam? Bagi mereka yang memiliki bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. Jawatan Ahli Muzik merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai dan deskripsi Tugas Ahli Muzik B19 Hingga B53 beserta jadual gaji minimum/maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Ahli Muzik SPA, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.Deskripsi Tugas Ahli Muzik

Deskripsi Tugas Ahli Muzik (Skop Kerja Dan Gaji)

Berikut merupakan Deskripsi Tugas Ahli Muzik.

  • Bertanggungjawab kepada Pengarah Muzik RTM untuk menggubah lagu, menyemak skor-skor muzik, memimpin dan menjaga tatatertib anggota Kombo RTM. Bermain alat-alat muzik dan membantu pemimpin orkestra dalam pentadbiran.

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional, Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Jadual Gaji Ahli Muzik

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Ahli Muzik.

GRED

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

B19RM1,360.00RM4,032.00RM100.00
B21RM2,047.00RM4,747.00RM115.00
B25RM2,597.00RM5,289.00RM125.00
B27RM2,726.00RM5,564.00RM130.00
B29RM1,499.00RM5,679.00RM145.00
B31RM2,851.00RM6,263.00RM155.00
B37RM3,565.00RM7,588.00RM180.00
B39RM4,993.00RM8,979.00RM225.00
B41RM2,095.00RM9,87.00RM225.00
B43RM3,600.00RM10,456.00RM250.00
B47RM5,162.00RM11,692.00RM270.00
B51RM5,797.00RM12,372.00RM290.00
B53RM6,124.00RM13,182.00RM320.00

Syarat Lantikan – Ahli Muzik

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Ahli Muzik:

  • 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
  • b) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Ahli Muzik Gred B19

c)

  • i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,360.00); atau
  • ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,360.00); atau
  • iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,418.12); atau
  • iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji awal bermula pada Gred B19 iaitu RM1,476.24).

Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Ahli Muzik Gred B29

d)

  • i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,499.00); atau
  • ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,499.00); atau
  • iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,499.00); atau
  • iv) diploma dalam bidang seni muzik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji awal bermula pada Gred B29 iaitu RM1,777.78).

Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Ahli Muzik Gred B41

e)

  • i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional.
    (Gaji awal bermula pada Gred B41 iaitu RM2,095.00); atau
  • ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni muzik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred B41 iaitu RM2,302.30).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(ii),1(c)(iii), 1(c)(iv),1(d)(ii),1(d)(iii),1(d)(iv) atau 1(e) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AHLI MUZIK GRED B21 ATAU B25

3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Ahli Muzik Gred B21 atau B25 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(c) dan 2; dan

(b)

  • (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
  • (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • (Gaji permulaan lantikan pada Gred B21: RM2,047.00 / Gaji permulaan lantikan pada Gred B25: RM2,597.00).

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AHLI MUZIK GRED B31 ATAU B37

4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Ahli Muzik Gred B31 atau B37 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(d) dan 2; dan

(b)

  • (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
  • (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • (Gaji permulaan lantikan pada Gred B31: RM2,851.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B37: RM3,565.00).

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AHLI MUZIK GRED B43, B47, B51 ATAU B53

5. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Ahli Muzik Gred B43, B47, B51 atau B53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(e) dan 2; dan

(b)

  • (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
  • (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • (Gaji permulaan lantikan pada Gred B43: RM3,600.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B47: RM5,162.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B51: RM5,797.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B53: RM6,124.00).

Syarat Ujian Khas

  • Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu atau lebih alat muzik moden atau tradisional sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Untuk maklumat lanjut senarai deskripsi tugas Ahli Muzik sila rujuk di Portal Rasmi SPA

Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Ahli Muzik beserta gaji ini dapat menjadi panduan buat para pemohon. Daftarlah dengan segera dan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives