Syarat Permohonan Jururawat Masyarakat (Latihan Separa Perubatan)

Syarat Permohonan Jururawat Masyarakat SPA. Panduan buat anda yang ingin menyertai Latihan Separa Perubatan. Adakah hal berkaitan perubatan menarik minat anda? Sekiranya begitu, Latihan Jururawat Masyarakat mungkin dapat menepati citarasa anda. Latihan Jururawat Masyarakat ini merupakan antara latihan separa perubatan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Apakah Syarat Permohonan Jururawat Masyarakat ?

Sekiranya anda berminat dengan program Separa Perubatan SPA8i 2018 dan belum membuat pendaftaran pekerjaan, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar akaun baru SPA8i. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Syarat Permohonan Jururawat Masyarakat

Syarat Kelayakan Latihan Jururawat Masyarakat

Syarat Permohonan Jururawat Masyarakat (Latihan Separa Perubatan)

  • Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

Umur Calon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Atau Diploma

  • Calon lantikan terus mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang bertugas untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan mestilah berusia tidak melebihi 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang bertugas (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam atau Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan mestilah berusia 38 tahun atau kurang pada tarikh tutup permohonan.

Syarat Kelayakan Latihan Jururawat Masyarakat

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan:

  • 2 tahun 6 bulan

Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

  • i.Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan
  • ii.Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
  • iii.Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
  • iv.Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
  • v.Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
  • vi.Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • vii.Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
  • viii.Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • ix..Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
  • x.Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah

Berikut merupakan Syarat Kelayakan untuk menyertai Latihan Penolong Pegawai Perubatan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur:
    • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
    • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Kelayakan:
    • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat Masyarakat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.

Semoga perkongsian Syarat Permohonan Jururawat Masyarakat dapat memberi faedah buat anda semua. Selamat membuat Permohonan Latihan Separa Perubatan tahun 2018 secara online. Semoga permohonan anda berjaya dan seterusnya mendapat tawaran latihan di Kolej KKM di seluruh Malaysia.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives