Deskripsi Tugas Juruteknologi Pergigian Gred U29

Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan, cubalah memohon jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Juruteknologi Pergigian Gred U29 beserta maklumat jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Juruteknologi Pergigian Gred U29, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Juruteknologi Pergigian Gred U29

Deskripsi Tugas Juruteknologi Pergigian Gred U29 SPA Dan Syarat Lantikan

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Juruteknologi Pergigian Gred U29 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.

Antara tanggungjawab seorang Juruteknologi Pergigian adalah seperti berikut:Merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodonik, maksilofasial dan restoratif berdasarkan prosedur amalan pergigian yang unggul mengikut jenis bahan akrilik, logam, seramik dan komposit mencukupi aplians berikut :

  1. Prostetik
    1. Dentur Penuh
    2. Dentur Sebahagian
  2. Konservatif
    1. Korona
    2. Inlai
    3. Onlai
    4. Jambatan (Bridge)
  3. Ortodontik
    1. Aplians Boleh Tanggal
    2. Aplians Fungsi
    3. Komponen-komponen Aplians Tetap
  4. Maksilofasial
    1. Obturator
    2. Splin
  5. Memperbaiki dan mengubahsuai Aplians kes-kes berikut:
    1. Aplians Terfraktur (Fractured Applainces)
    2. Penambahan Unit Aplians
    3. Lapis Semula (Relining)
    4. Landas Semula (Rebasing)
    5. Mereplika dentur penuh
  6. Merekabentuk Aplians
    Merangka bersama-sama dengan Pegawai Pergigian dan/atau Pakar Pergigian di dalam surgeri secara terus mengenai pembuatan kes-kes aplians kepada pesakit tertentu.
  7. Menyelenggara dan memperbaiki kelengkapan pergigian
    1. Menyelenggara kelengkapan pergigian sesuai dengan prinsip penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance).
    2. Memperbaiki kelengkapan pergigian yang rosak.
    3. Melaksana pemasangan kelengkapan pergigian.
  8. Pengurusan
    1. Kelengkapan Pergigian
      1. Mengurus penyelnggaraan dan pembaikan kelengkapan yang tidak boleh dilaksanakan oleh Juruteknik Pergigian yang memerlukan kepakaran swasta.
      2. Menyelia pemasangan kelengkapan pergigian.
      3. Menilai kelengkapan pergigian untuk menentukan ‘cost effective’
      4. Memberi tunjuk ajar di dalam pengendalian kelengkapan pergigian.
      5. Memberi khidmat nasihat teknikal.
    2. Stor
      1. Menilai dan menguji bahan pergigian untuk menentukan ‘cost effective’.
      2. Mengurus perolehan kelengkapan dan bahan untuk memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Jadual Gaji Juruteknologi Pergigian Gred U29

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Juruteknologi Pergigian Gred U29 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1, 797.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 5,753.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • Diploma dalam bidang teknologi pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian jadual gaji dan deskripsi tugas Juruteknologi Pergigian Gred U29 ini dapat memberi manfaat.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives