Deskripsi Tugas Pegawai Pemeriksa Kereta Motor

Sekiranya anda mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan jentera atau automotif, cubalah memohon pekerjaan sebagai Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29. Jawatan Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon jika anda berkelulusan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 buat rujukan mereka yang berminat.

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29

Deskripsi Tugas Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 SPA

Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.

  • Pemeriksa Kereta Motor menjalankan tugas membuat pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.

Jadual Gaji Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29

Kumpulan : Pelaksana/Pengurusan Dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1, 534.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 5, 707.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    •  c)
      • sijil dalam bidang kejuruteraan jentera, automatif daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred AB29 : RM1,534.00); atau
      • diploma dalam bidang kejuruteraan jentera, automatif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred AB29 : RM1,943.57);
    • d) memiliki Lesen Memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 dan Lesen Memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang sah dan bersih serta mempunyai pengalaman memandu selepas memiliki kedua-dua lesen tersebut selama tidak kurang daripada 1 tahun.
      dan
    • e) lulus ujian-ujian fizikal yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian syarat lantikan dan deskripsi tugas Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Semoga dipermudahkan urusan kepada semua pemohon jawatan ini.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives