Deskripsi Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29 Dan Gaji

Sekiranya bidang pergigian menepati cita rasa anda, cubalah memohon pekerjaan sebagai Juruterapi Pergigian. Jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon jika anda berkelulusan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29 buat rujukan mereka yang berminat.

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Juruterapi Pergigian Gred U29 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29 Dan Gaji

Deskripsi Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29 SPA Dan Syarat Lantikan

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.

Antara tanggungjawab seorang Juruterapi Pergigian adalah seperti berikut:

Tugas-tugas Rawatan Pesakit

  1. Am
    • Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua. Juga agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan.
  2. Diagnosis
    • Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.
  3. Profilaksis
    • Pembersihan gigi termasuk prosedur penskoleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan.
  4. Restorasi
    • Menyedia kaviti dan membuat tempahan.
  5. Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan
  6. Rawatan lain mengikut arahan

Pendidikan Kesihatan Pergigian

  1. Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan.
  2. Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar.
  3. Kaunseling
    1. Penjagaan kesihatan Oral.
    2. Penjagaan di rumah (Home Care).
  4. Kawalan Jangkitan
  5. Kejururawatan Komuniti
  6. Penyelidikan Sistem Kesihatan
  7. Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.
  8. Pentadbiran dan Pengurusan
    1. Penyelenggaraan, keselamatan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.
    2. Memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Jadual Gaji Juruterapi Pergigian Gred U29

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Juruterapi Pergigian Gred U29 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1, 797.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 5,753.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • Diploma dalam bidang kejururawatan pergigian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
  • had umur pelantikan:
    (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber: Portal Rasmi SPA

Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian jadual gaji dan deskripsi tugas Juruterapi Pergigian Gred U29 ini dapat memberi manfaat.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives