Deskripsi Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41

Senarai Tugas Pegawai Penyelidik Gred S41SPA Dan Gaji. Adakah berminat untuk menceburi pekerjaan dalambidang penyelidikan? Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41 di SPA kerana ia mungkin dapat menepati citarasa anda. Apakah anda ingin tahu deskripsi tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41 besertatangga gaji? Jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalam Ijazah/ Sarjana/ PHD.

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosongsebagai Pegawai Penyelidik Gred Q41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41

Senarai Tugas Dan Gaji Pegawai Penyelidik Gred Q41 SPA

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.

Deskripsi Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41

Antara tanggungjawab Pegawai Penyelidik Gred Q41 adalah seperti berikut:

  • menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
  • menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
  • melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan

Jadual Gaji Pegawai Penyelidik Gred Q41

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Penyelidik Gred Q41 adalah seperti di bawah.

GRED

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

Q41RM2,315.00RM9,618.00RM225.00
Q43RM3,602.00RM10,504.00RM250.00
Q47RM5,203.00RM11,761.00RM270.00
Q51RM5,844.00RM12,441.00RM290.00
Q53RM6,174.00RM13,248.00RM 320.00

Syarat Lantikan : Deskripsi Tugas Pegawai Penyelidik

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripadainstitusi pengajian tinggi tempatanatau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred Q41 iaitu RM2,315.00); atau
      • ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred Q41 iaitu RM2,418.66); atau
      • ijazah sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred Q41 iaitu RM2,522.44); atau
      • ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred Q41 iaitu RM2,730.00); atau
      • ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred Q41 iaitu RM2,833.78); atau
      • ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred Q41 iaitu RM3,145.11).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkaitan hal Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1(c); dan
  • had umur pelantikan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
    • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.

Syarat Lantikan Terus Ke Jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q43, Q47, Q51 atau Q53

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q43, Gred Q47, Gred Q51 atau Gred Q53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2;
  • memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan;
  • terbukti kemampuan dari segi pengalaman dan sumbangan kepada bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D); dan
  • memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan.
    • (Gaji awal lantikan pada Gred Q43 : RM3,602.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred Q47 : RM5,203.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred Q51 : RM5,844.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred Q53 : RM6,174.00)

Sumber: SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives