Deskripsi Tugas Pegawai Sains Gred C41

Adakah anda berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Pegawai Sains Gred C41? Sekiranya anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD dan merasakan bahawa hal berkaitan alam sekitar menarik minat anda, maka jawatan Pegawai Sains Gred C41 merupakan di antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pegawai Sains Gred C41 yang memaparkan syarat lantikan dan jadual gaji.

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Sains Gred C41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pegawai Sains Gred C41

Deskripsi Tugas Pegawai Sains Gred C41 SPA

Berikut adalah senarai deskripsi tugas Pegawai Sains Gred C41.

  • Bertanggungjawab dalam pengoperasian makmal pengajaran atau makmal penyelidikan dalam skop perolehan. Bertanggungjawab ke atas pengurusan makmal pengajaran amali mengikut program dan latihan ilmiah pelajar tahun akhir berjalan dengan lancar. Mengurus pengoperasian kerja lapangan kakitangan bawah seliaan mengikut  prosedur. Memastikan pengurusan kawalan kualiti dilaksanakan. Merancang pembangunan pengetahuan dan kemahiran anggota organisasi.
  • Merancang dan mengawal kewangan serta peralatan organisasi. Mengurus dan mengambil tindakan aduan pelanggan. Merancang dan memantau amali serta menguruskan taklimat keselamatan. Memastikan pembangunan kualiti organisasi sentiasa dikemaskini. Merancang sumber tenaga manusia

Jadual Gaji Dan Syarat Lantikan Pegawai Sains Gred C41

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Sains Gred C41 adalah seperti di bawah.

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

  • GAJI MINIMUM : RM 2,317.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 9,620.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00

Syarat Lantikan Pegawai Sains

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Sains Gred C41.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • Ijazah Sarjana Muda Sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM2,317.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • (a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
  • (b) had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PECAHAN BIDANG

Kementerian Kesihatan Malaysia –

  • Mikrobiologi – bidang Mikrobiologi
  • Kimia Hayat – bidang Biokimia
  • Genetik – Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
  • Embriologi – Biologi, Genetik
  • Forensik – Sains Forensik
  • Fizik – Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
  • Biomedikal – Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
  • Kaji Serangga – Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
  • Pemakanan – Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi –
Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin

Sumber SPA

Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Sains Gred C41 beserta gaji dan deskripsi tugas ini dapat memberi manfaat.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives