Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11

Senarai Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11 SPA Beserta Tangga Gaji. Berita baik buat mereka yang berkelulusan peringkat PMR/ PT3 dan berminat untuk memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan. Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 mungkin akan menjadi pilihan anda. Berikut disediakan maklumat skop kerja atau Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11 termasukjadual gaji minimum dan maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat dan berkelayakan untuk memenuhi kekosonganjawatan kerajaan sebagai Pemandu Kenderaan Gred H11, perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan bertindaklah dengan segera.

Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11

Skop Kerja Dan Gaji Pemandu Kenderaan Gred H11

Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Pemandu Kenderaan Gred H11 di sektor perkhidmatan awam :

Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11 SPA

  • Bertugas menjalankan skop kerja pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan. Juga menjaga kenderaan atau jentera yang berada di bawah kelolaannya agar selalu berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan atau jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Jadual Gaji Pemandu Kenderaan Gred H11

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pemandu Kenderaan Gred H11 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,218.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 2,939.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 80.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      • lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
      • berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
      • Lesen DRM 1,264.15
        Lesen E/E1/E2RM 1,310.30
        Lesen F/HRM 1,356.45
        Lesen G/IRM 1,402.60
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Selamat memohon dan semoga berjaya kepada semua. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11 ini mampu menolong anda dalam membuat permohonan jawatan kosong.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives