Deskripsi Tugas Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19

Mahu kerja kerajaan? Sekiranya bidang pergigian menarik minat anda, cubalah memohon jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang layak dipohon bagi golongan lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19

Deskripsi Tugas Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 SPA

Berikut merupakan tugas Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19:

  • Menyambut dan mendaftar para pesakit.
  • Menjalankan pembasmian kuman dan bakteria pada perkakasan pergigian.
  • Menolong Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian serta Jururawat Pergigian dalam urusan pembedahan pesakit.
  • Mendaftar dan merekod urusan kewangan, sijil sakit dan penerangan untuk pesakit.
  • Menolong Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian ketika lawatan ke sekolah-sekolah.
  • Menempah dan merekod alat-alat kelengkapan, memeriksa inventori dan lain-lain peralatan termasuk troli dan mesin.
  • Memastikan penyata bulanan dan graf tersedia.
  • Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadual Gaji Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,360.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred U19 iaitu RM1,418.12)
        b) Calon bagi lantikan mestilah mempunyai Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
    • Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
      Pegawai yang sedang bertugas dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak untuk mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik berkenaan Peningkatan Secara Lantikan ke Jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19, bergantung kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

      • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
      • Had umur pelantikan:
        (i) berusia tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 55 atau 56 tahun; atau
        (ii) berusia tidak melebihi 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 58 tahun; atau
        (iii) berusia tidak melebihi 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 60 tahun.

Sumber: SPA

Moga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Pembedahan Pergigian bermanfaat buat semua. Kepada yang berminat untuk menjadi Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19, usahlah berlengah lagi. Teruskan memohon dan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives