Deskripsi Tugas Jururawat Gred U29 Dan Gaji

Sekiranya bidang hospitaliti menepati cita rasa anda, cubalah memohon pekerjaan sebagai Jururawat (Nurse). Jawatan Jururawat Gred U29 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon jika anda berkelulusan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Jururawat Gred U29 buat rujukan mereka yang berminat untuk menjadi seorang nurse.

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Jururawat Gred U29 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Jururawat Gred U29 spa Dan Gaji

Deskripsi Tugas Jururawat Gred U29 SPA Dan Syarat Lantikan

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Jururawat Gred U29 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.

Antara tanggungjawab seorang Jururawat adalah seperti berikut:

  • Pemulihan anggota badan dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan atau elektrik.
  • Merancang program rawatan kepada pesakit agar dapat memberi kesan yang diperlukan.
  • Menolong doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  • Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  • Melakukan pesanan bekalan peralatan.
  • Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  • Melaksanakan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Tugas Jururawat Gred U29

  • Tugas-tugas Jururawat Kesihatan
    1. Perawatan Kesihatan Keluarga
      1. Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
      2. Perkhidmatan lawatan ke rumah.
      3. Pendidikan kesihatan.
      4. Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
      5. Perkhidmatan perancang keluarga.
    2. Latihan
      Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.
    3. Menyelia
      1. Bertugas Menyelia pekerja-pekerja ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
      2. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
    4. Pentadbiran
      1. Mentadbir klinik.
      2. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
      3. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
      4. Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
    5. Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
      1. Penjagaan Pesakit
        1. Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
        2. Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
        3. Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
        4. Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
      2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
      3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
      4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
      5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Jadual Gaji Jururawat Gred U29

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Jururawat Gred U29 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1, 797.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 5,753.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Jururawat Gred U29.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c)
      • Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian jadual gaji dan deskripsi tugas Jururawat Gred U29 ini dapat memberi manfaat.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives