Tugas Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19

Bagi lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil yang sedang mencari pekerjaan, jawatan Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19 boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online.

Tugas Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19

Deskripsi Tugas Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19 SPA

Antara tanggungjawab Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19 adalah:

  • Bertugas menolong menjalankan pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan peralatan jentera yang digunakan di lokasi kerja. Juga bertanggungjawab memeriksa tapak-tapak kilang yang baru, membuat pemeriksaan awal di tapak bangunan dan kerja kejuruteraan serta melakukan penyiasatan dan laporan ke atas aduan dan kemalangan di kawasan kerja.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Sumber Manusia

Jadual Tugas Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,377.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred J19 iaitu RM1,377.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred J19 iaitu RM1,435.12); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred J19 iaitu RM1,493.24).
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives