Deskripsi Tugas Pemeriksa Cap Jari Gred N19

Jika anda berkelulusan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil, jawatan Pemeriksa Cap Jari Gred N19 mungkin sesuai untuk anda. Berikut disediakan Deskripsi Tugas Pemeriksa Cap Jari Gred N19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi kekosongan jawatan kerajaan sebagai Pemeriksa Cap Jari Gred N19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan bertindak dengan segera.

Deskripsi Tugas Pemeriksa Cap Jari Gred N19

Deskripsi Tugas Pemeriksa Cap Jari Gred N19 SPA Dan Syarat Lantikan

Antara tanggungjawab Pemeriksa Cap Jari Gred N19 adalah seperti berikut:

  • Bertugas mewujudkan atau menyimpan data-data dan fail-fail cap jari, menyiapkan atau menyediakan serta menaip surat-menyurat berkaitan cap jari yang diterima. Juga menjalankan pemeriksaan dan bandingan cap-cap jari serta mendaftar cap jari yang mana kes-kes mereka telah selesai.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan

Jadual Gaji Pemeriksa Cap Jari Gred N19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pemeriksa Cap Jari Gred N19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,007.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pemeriksa Cap Jari Gred N19.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,352.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,408.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,464.80).
    • Kepujian dalam mana-mana satu daripada mata pelajaran sains di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian ini dapat membantu para pemohon jawatan Pemeriksa Cap Jari Gred N19 . Selamat memohon dan semoga rezeki berpihak kepada anda.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives