Deskripsi Tugas Pembantu Perikanan Gred G19

Adakah hal berkaitan perikanan menarik minat anda? Sekiranya begitu, jawatan Pembantu Perikanan Gred G19 mungkin dapat menepati citarasa anda. Jawatan Pembantu Perikanan Gred G19 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pembantu Perikanan Gred G19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Untuk memohon jawatan Pembantu Perikanan Gred G19 secara rasmi, mereka yang berminat boleh melakukan pendaftaran dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Deskripsi Tugas Pembantu Perikanan Gred G19

Deskripsi Tugas Pembantu Perikanan Gred G19 Dan Syarat Lantikan

Antara tanggungjawab Pembantu Perikanan Gred G19 adalah seperti berikut:

  • Menjadi pentadbir aktiviti ternak air. Juga mentadbir perancangan, pelaksanaan serta pengawasan dan khidmat nasihat berkaitan hal benih ikan dan juga penyakit ikan.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan

Skop Tugas Pembantu Perikanan Gred G19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Perikanan Gred G19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,357.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,008.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Perikanan Gred G19.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,357.00); atau
      • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,357.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,413.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,469.80).
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Perikanan Gred G19 ini dapat dijadikan rujukan yang bermanfaat. Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives