Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Geosains Gred C29

Syarat lantikan Penolong Pegawai Geosains Gred C29 Beserta Gaji. Panduan buat lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Sekiranya begitu, cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Geosains Gred C29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Geosains Gred C29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Geosains Gred C29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Geosains Gred C29

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Perkhidmatan Sains

Jadual Gaji Penolong Pegawai Geosains Gred C29

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Geosains Gred C29.

  • GAJI MINIMA : RM 1,505.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 5,696.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Geosains Gred C29 (SPA)

Dahulunya dikenali sebagai penolong pegawai galian :-

  • Mengumpul data dan maklumat bulanan bagi sektor perlombongan dan pengkuarian, mengumpul maklumat kegiatan dan aktiviti pegawai-pegawai Cawangan Lombong dan Kuari, mengumpul serta membantu membuat kajian semua syarat-syarat yang terkandung dalam lesen-lesen yang dikeluarkan kepada pengusaha lombong, kuari dan perniagaan mineral untuk tujuan penyeragaman serta membuat lawatan naziran ke semua aktiviti perlombongan, kuari dan perniagaan mineral seluruh negara.

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Geosains Gred C29.

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
    • b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • c.
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia aliran sains atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau
      2. Sijil dalam bidang ukur tanah, kejuruteraan, kimia atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,514.33); atau
      3. Diploma dalam bidang ukur tanah, kejuruteraan, kimia atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).

Syarat Bahasa Melayu :

  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Geosains adalah layak mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik mengenai Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Geosains Gred C29, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. memenuhi kriteria di perenggan 1 (c);
    2. dan lulus Peperiksaan Khas; dan
    3. Had usia pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.

Sumber SPA

Diharap agar perkongsian deskripsi tugas Penolong Pegawai Geosains Gred C29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Geosains di SPA dan diucapkan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives