SAPS Ibu Bapa 2020 Semakan Keputusan Peperiksaan

Semakan SAPS Ibu Bapa NKRA : Keputusan Peperiksaan Online. Pasti ramai ibu bapa atau penjaga yang sudah mengetahui kewujudan SAPS Ibu Bapa 2020 Semakan Keputusan Peperiksaan Online. SAPS Ibu Bapa adalah satu sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka.

Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa online akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar. Kemudahan yang disediakan dihujung jari anda ini sekaligus memudahkan ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Keputusan Peperiksaan Pelajar Yang Boleh Disemak

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan SAPS Semakan Ibu Bapa untuk panduan pelajar serta ibubapa dan penjaga. Senarai keputusan peperiksaan yang boleh disemak menggunakan Sistem SAPS NKRA adalah :-

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 hingga 6)
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)

Jenis Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  • Peperiksaan Awal Tahun
  • Pertengahan Tahun
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Ujian Selaras
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan)

Keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanpun tidak boleh disemak di Sistem SAPS. Pelajar perlu hadir ke sekolah atau membuat semakan secara online di sistem SPPAT atau semakan secara SMS.

SAPS Ibu Bapa NKRA 2020 Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Berikut dikongsikan cara dan langkah-langkah dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar secara online menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa:

SAPS Ibu Bapa 2018 Semakan Keputusan Peperiksaan

  • Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space)
  • Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan

Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah:

  • 5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.
  • 6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2020

Berikut dikongsikan Tarikh Penting Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS tahun 2020 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

tarikh kemasukan markah saps

Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

Semoga perkhidmatan SAPS Semakan Ibu Bapa yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan ini dapat membantu ibubapa. Ianya memudahkan ibu bapa dalam memantau prestasi akademik anak mereka dalam mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives