Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29

Untuk lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 SPA

Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.

  • Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29.

  • GAJI MINIMA : RM 1,549.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 5,684.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
  • b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • c.
    1. sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
    2. sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
    3. diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,855.00); atau
    4. diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,929.89).

Syarat Bahasa Melayu :

  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber: Portal Rasmi SPA

Diharap agar perkongsian Senarai Tugas dan Gaji Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 di SPA dan diucapkan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives