Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Untuk lepasan Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29 SPA

Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.

  1. Menyediakan maklumat dan pelan yang berkaitan untuk kegunaan perancangan dan koordinasi pembangunan infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan/sistem trafik di kawasan perbandaran.
  2. Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan kebenaran merancang pendirian bangunan, pindaan pendirian bangunan, kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi kawasan perbandaran.
  3. Menyediakan pelan dan laporan lawatan tapak bagi permohonan membina struktur menara telekomunikasi dan permohonan cadangan untuk memasang struktur telekomunikasi atas bangunan oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan menyediakan pelan bagi pegawai kawasan.
  4. Bertanggungjawab terhadap penyelarasan bajet berhubung dengan pengurusan projek, promosi pemasaran hartanah, pembangunan dan bajet mengurus. Pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan bandar.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan

Jadual Gaji Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29.

  • GAJI MINIMA : RM 1,549.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 5,701.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
  • b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • c.
    1. sijil dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
    2. diploma dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

Syarat Bahasa Melayu :

  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Sumber: Portal Rasmi SPA

Diharap agar perkongsian Senarai Tugas dan Gaji Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29 di SPA dan diucapkan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives