Permohonan ALAM 2024 Akademi Laut Malaysia

Permohonan Program Diploma Akademi Laut Malaysia 2024 (ALAM). Adakah anda seorang pelajar lepasan SPM dan berminat menyambung pengajian diperingkat Diploma? Sekiranya begitu Laman Web Akademi Laut Malaysia (ALAM) ada memaklumkan bahawa permohonan ALAM untuk Program Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin di Akademi Laut Malaysia sesi 2024 kini dibuka secara online.

ALAM adalah singkatan untuk Akademi Laut Malaysia atau Malaysian Maritime Academy, sebuah institusi maritim yang menawarkan pelbagai kursus maritim. Bagi lepasan sekolah, ALAM memberikan latihan bagi mereka untuk menjadi pegawai dek atau jurutera marin di atas kapal saudagar kapal.

ALAM terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka; kampus yang subur dan menghijau yang menghadap ke Selat Melaka. Ia terletak kira-kira 148 km ke selatan Kuala Lumpur dan 152 km ke utara Singapura.

Permohonan ALAM 2018 Akademi Laut Malaysia

Permohonan ALAM 2024 Akademi Laut Malaysia

Sila bacasyarat kemasukan dan kelayakan Permohonan ALAM 2024 sebelum memohon :-

Pegawai Kadet Navigasi (Diploma Pengajian Nautika)

  1. SPM dengan sekurang-kurangnya ‘C’ atau kredit yang baik dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan salah satu subjek samada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi .
  2. Pemegang Diploma danIjazah Sarjana Mudaadalah digalakkan untuk memohon.
  3. Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia tidak melebihi 25 tahun.
  4. Sihat dari segi fizikal dan mental
  5. Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
  6. Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
  7. Tidak rabun warna
  8. Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual

Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin (Diploma Kejuruteraan Marin)

  1. SPM dengan sekurang-kurangnya ‘C’ atau kredit yang baik dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan  Matematik Tambahan.
  2. Pemegang Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah digalakkan untuk memohon.
  3. Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia tidak melebihi 25
  4. Sihat dari segi fizikal dan mental
  5. Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
  6. Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
  7. Tidak rabun warna
  8. Pengunaan cermin mata / kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 kuasa

Permohonan Online ALAM 2024 : Manfaat/ Faedah Kerjaya

  • Graduan mempunyai peluang untuk belayar di seluruh dunia dengan syarikat-syarikat perkapalan terkemuka yang menawarkan gaji dan tanggungan faedah bebas cukai yang menarik.

Borang Permohonan ALAM 2024

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan beserta syarat dan link borang permohonan :-

  1. http://www.alam.edu.my/(Laman web ALAM)
  2. Borang permohonan kadet ALAM (Cadetship Application Form)
  3. Lengkapkan borang tersebut
  4. Tekan Submit
  5. Tarikh tutup permohonan adalah pada tarikh yang akan dikemaskini.

Nota:

  • Semua calon perlu memohon melalui kaedah atas talian dan permohonan melalui kaedah lain tidak akan dipertimbangkan
  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri proses temu duga dan ujian bertulis. Pengetahuan dalam perkapalan dan industri maritim adalah merupakan satu kelebihan

Cara Hubungi Akademi Laut Malaysia (ALAM)

Akademi Laut Malaysia (ALAM)

Batu 30 Kampung Tanjung Dahan
78200, Kuala Sungai Baru
Melaka

Selamat memohon dan semoga berjaya membuat Permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) ambilan tahun 2024 Online.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives