Permohonan Program Pembangunan Bakat Muda Lepasan SPM 2017

Permohonan Program Pembangunan Bakat Muda Lepasan SPM 2017. Panduan bagi mereka yang memperoleh keputusan SPM 2017 yang cemerlang. Anda dipelawa untuk memohon penajaan (MARA) bagi mengikut persediaan bawah Kolej / institusi yang ditetapkan oleh pihak MARA. Program PembangunanBakat Muda Lepasan SPM 2017 (YTP) adalah program penajaan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ianya adalah untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2017 bagi melahirkan pemimpin, teknokrat, profesional dan usahawan negara.

Permohonan Program Pembangunan Bakat Muda Lepasan SPM

Permohonan Program Pembangunan Bakat Muda Lepasan SPM 2017

Berikut dikongsikan maklumat berkenaan Permohonan Program Pembangunan Bakat Muda Lepasan SPM 2017:

  • Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi MARA:
  • Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara online.
  • Para Pemohon perlu membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
  • Bagi yang ingin mencuba, anda dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Dan hanya pemohon yang memenuhi syarat yang akan mendapatkan pertimbangan untuk ke saringan seterusnya.

Maklumat Permohonan

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA mulai 19 Mac 2018 jam 10 pagi hingga 26 Mac 2018 jam 5 petang.
  • Para pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri MARA Student Assessment Centre (MSAC) boleh disemak dari semasa ke semasa dalam laman web MARA.

SYARAT UMUM

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.
  • Keutamaan diberi kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah tertakluk kepada Dasar dan Syarat semasa MARA.

SYARAT KHUSUS

  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kali pada tahun 2017.
  • Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

  • Bahagian Penganjuran Pelajaran, Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA, 50609 Kuala Lumpur
  • No. Tel: 03-261 32487 / 32108 / 32065 / 32098
  • Email: postspm@mara.gov.my
  • Facebook: Postspmmara

Semoga perkongsian Permohonan Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) Lepasan SPM 2017 ini dapat dijadikan panduan berguna buat semua. Selamat berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives