Permohonan UPU Online Sesi 2018-2019

Sekiranya anda merupakan pelajarlepasan SPM/ STPM/ atau Setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau juga dikenali sebagai Universiti Awam (UA) bagi tahun 2018/2019, pasti anda ternanti-nanti untuk membuat permohonan UPU. Namun begitu, sudahkah anda mengetahui bilakah tarikh Permohonan UPUonline untuk sesi akademik 2018/2019?

Pemohon yang berkelayakan boleh juga membuat permohonan online UPU bagi sesi akademik 2018/2019 ini untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, dan ILKA.

Permohonan UPU Sesi Akademik 2018 2019 Online

Permohonan UPU Sesi Akademik 2018 2019 Online

Permohonan UPUOnline 2018 akan dibuka bermula dari 5 Februari 2018 sehingga tarikh tutup permohonan pada 10 April 2018. Sebelum membuat Permohonan, pastikan pemohon membeli nombor pin unik ID UPU 2018/2019 dahulu di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh pembelian nombor pin UPU 2018 juga akan dibuka mulai 5 Februari 2018.

Berikut adalah maklumat berkenaan permohonan online UPU sesi akademik 2018/2019 termasuk syarat kelayakan, tarikh membeli nombor pin UPU, aplikasi online dan cara hubungi :

Syarat Kelayakan Pemohon UPU 2018/2019

  • Bagi kategori permohonan IPTA (UA) lepasan SPM atau Setaraf dengannya. (Asasi, Diploma dan Sijil di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA)
    • Boleh menggunakan keputusan SPM 2015, 2016 dan 2017
  • Bagi kategori permohonan IPTA (UA) lepasan STPM atau Setaraf dengannya. (Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam), boleh menggunakan keputusan-keputusan berikut:
    • STPM 2017
    • Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM 2017/2018
    • STAM 2016 & 2017
    • Diploma atau Setaraf
      • Diploma UA atau Politeknik
      • DKM/DLKM/DVM/Diploma IPTS/Diploma Luar Negara/Lain-lain Diploma
      • Kelayakan Setaraf seperti A-Level/IB/AUSSMAT/SAM/CPU/STPM, Matrikulasi, STAM (Bukan Tahun Semasa)

Tarikh Membeeli No Pin UPU 2018/2019

Berikut adalah maklumat berkenaan tarikh pembelian no pin UPU sesi akademik 2018/2019 :

  • Tarikh : 5 Februari 2018 hingga 9 April 2018
  • Harga nombor pin bernilai RM15.60 (Tiada GST dikenakan)
  • Pembelian boleh dilakukan di Kaunter di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan mesin ATM BSN

Cara Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2018/2019

Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan online UPU sesi akademik 2018/2019 secara atas talian:

  • Tarikh permohonan akan dibuka pada 5 Februari 2018 manakala tarikh permohonan ditutup adalah pada 10 April 2018
  • Bagi aplikasi permohonan online, klik link di bawah:

Permohonan UPU Online Sesi 2018-2019

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:

  • no talian helpline UPU:
    • 03 8870 8200 (waktu bekerja dari jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang); atau
  • Layari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di:

Selamat membuat Permohonan UPUOnline sesi akademik 2018/2019 kepada yang berminat. Semoga anda berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam / IPTA di Malaysia pilihan masing-masing.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives