Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online/ SMS

Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS. Hutang Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu dibayar. Oleh itu sudahkah anda membayar balik hutang PTPTN mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan?  Kini terdapat cara yang mudah dan pantas buat peminjam dalam mengetahui baki pinjaman pendidikan mereka dengan menggunakan Semakan Baki Pinjaman PTPTN secara online atau SMS.

Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS

Pinjaman PTPTN adalah satu kemudahan pinjaman yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam/ IPTA dan IPTS. Peminjam adalah dinasihatkan untuk membuat pembayaran pinjaman mengikut jadual bagi mengelakkan disenaraikan di CCRIS.

Berikut dikongsikan cara atau langkah-langkah dalam membuat semakan baki PTPTN bagi memudahkan anda untuk membuat pembayaran balik menurut jadual. Ianya bagi membolehkan pelajar lain yang memerlukannya dapat menikmati kemudahan pinjaman PTPTN yang sama seperti anda.

Cara Semak Baki PTPTN Secara Online

  • 1. Layari Laman Web PTPTN, sila klik http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung
  • 2. Klik Ikon Penyata Pinjaman – https://www.ptptn.gov.my/penyatapinjaman/index.html
  • 3. Masukkan No Kad Pengenalan anda
  • 4. Klik Semak

Pelajar juga boleh membuat semakan Jadual Tentatif Pembayaran di Jadual Terkini

Semak Baki PTPTN Melalui SMS

  • 1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
  • 2. Hantarkan SMS ke 15888

Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS

Sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn

Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.

Perkhidmatan Lain PTPTN

Selain perkhidmatan di atas, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut :-

  1. Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  2. Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  3. Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
  4. Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i

Untuk menyemak, sila rujuk panduan grafik di bawah ini atau layari Laman Web PTPTN di perkhidmatan atas talian

Insentif Diskaun Peminjam PTPTN Dalam Bajet 2017

Berita baik buat peminjam PTPTN seperti dibentangkan dalam Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016. Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif diskaun berkuat kuasa mulai 22 Oktober 2016 sehingga akhir tahun 2017. Ianya bertujuan menggalakkan peminjam untuk membuat bayaran balik.

Senarai Insentif Diskaun Bayaran Balik PTPTN yang dibentangkan dalam Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 adalah seperti berikut:-

  1. Penyelesaian Penuh Pinjaman : Diskaun 15 peratus atas baki hutang
  2. Bayaran 50 Peratus Pinjaman : Diskaun 10 peratus diskaun untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang.Pembayaran hendaklah dibuat dalam sekali bayaran
  3. Potongan Gaji/ Direct Debit : Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik PTPTN melalui kaedah ini mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan

Moga langkah pemberian Insentif Diskaun Bayaran Balik PTPTN ini membolehkan peminjam PTPTN untuk membuat pembayaran pinjaman dengan kadar segera dan mengikut jadual. Selamat membuat semakan baki PTPTN secara online dan SMS.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives