Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online

Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Ke Luar Negara Online. Perhatian buat mereka yang bercadang ke luar negara. Sila pastikan yang nama anda tidak disenarai hitam oleh agensi seperti PTPTN, LHDN, perintah mahkamah dan PDRM. Ataupun diisytihar sebagai bankrap. Berikut dikongsikan cara buat Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online.

Pihak Jabatan Imigresen Malaysia ada menyediakan satu kemudahan kepada Warganegara Malaysia yang ingin membuat semakan status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen dan PTPTN secara online atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.

Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online

Warganegara Malaysia adalah dinasihatkan untuk membuat semakan blacklist Imigresen atau pasport sebelum merancang ke luar negara. Ianya bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui terdapat HALANGAN sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara.

Antara punca nama disenarai hitam adalah berpunca dari senarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN.

Applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Online

Semakan Senarai Hitam Imigresen boleh disemak secara online. Sila klik Applikasi Semakan di bawah ini :-

  • Applikasi Semakan Status Kawalan Imigresen
  • Sila masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang SEMAK

Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online

Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” (Tiada sekatan).

Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online
Satu kaedah alternatif lain untuk memeriksa status imigresen adalah dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 0388801000.

Semakan Senarai Hitam PTPTN Online

Untuk peminjam PTPTN, senarai hitam akan dikenakan kepada mereka yang mempunyai tunggakan. Semakan senarai hitam PTPTN boleh di buat secara online dengan mengisi No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-Mail. Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat.

Semakan senarai hitam boleh dilakukan melalui kaedah semakan seperti berikut:-

  1. Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan http://sspi2.imi.gov.my
  2. Portal Rasmi PTPTN – Semakan Senarai Hitam
  3. Careline PTPTN di talian 03-2193 3000
  4. Hadir di kaunter PTPTN / JIM

Jom semak. Semoga perkongsian Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online bermanfaat buat semua. Moga ianya dapat membantu anda dalam merancang perjalanan ke luar negara tanpa sebarang halangan.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives