Semakan Daftar Pemilih SPR Pilihanraya (Daftar Mengundi)

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Secara Online Dan SMS. Adakah anda layak untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) tahun 2018 yang akan diadakan pada 9 Mei 2018? Jika anda belum menyemak, berikut dikongsikan panduan dalam membuat semakan daftar pemilih yang boleh disemak secara online serta SMS.

Semakan perlu dibuat bagi mengetahui lokasi tempat mengundi serta maklumat lain pendaftaran pemilih seperti kawasan DUN, Parlimen dan sebagainya. Semakan daftar daftar mengundi boleh dibuat sepanjang tahun dan pada bila-bila masa. Mereka yang belum mendaftar dan ingin mengundi pada PRU seterusnya iaitu PRU15, anda boleh merujuk kepada panduan cara mendaftar sebagai pemilih / pengundi.

Semakan Daftar Pemilih Online Dan SMS

Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menyediakan satu laman web bagi membolehkan warganegara Malaysia untuk mendapatkan maklumat semakan daftar mengundi yang telah disahkan samada secara atas talian/ online atau melalui perkhidmatan SMS.

Kaedah membuat semakan mengundi daftar pemilih adalah seperti berikut:

i) Semakan Daftar Pemilih Individu

  • Layari laman web Semakan Pemilih SPR di pautan URL berikut :-
  • Isikan nombor kad pengenalan (KP) pengundi berdaftar ke dalam ruangan kotak yang disediakan
  • Masukkan captcha dan seterusnya klik butang “Semak”

Di antara maklumat yang dipaparkan dalam keputusan semakan daftar pemilih individu adalah nama, tarikh lahir, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen dan negeri pemilih.

ii) Semakan Daftar Mengundi Isi Rumah

SPR juga da menyediakan semakan daftar pemilih lebih dari seorang pemilih secara serentak. Untuk membuat semakan, anda boleh melayari laman web Sistem Semakan Pemilih Isi Rumah di pautan berikut:-

Nota

Pengguna mungkin menghadapi masalah dalam membuat semakan secara atas talian akibat daripada penggunaan yang tinggi atas sistem online dalam satu-satu masa. Jika gagal, anda boleh menyemak sekali lagi sehingga berjaya

Cara Semak Daftar Pemilih Melalui SMS

Berikut adalah cara/ kaedah semakan daftar pemilih melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit:-

  1. Taipkan mesej:

    SPR<jarak>[No. Kad Pengenalan]

    Contoh: SPR   871114035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Atau:

  1. Taipkan mesej:

    SPR<jarak>SEMAK<jarak>[No. Kad Pengenalan]

    Contoh: SPR  SEMAK  871114035243

  2. Hantarkan SMS > 15888

Semakan Daftar Pemilih SPR Pilihanraya online dan sms

Nota : Pengguna akan dicaj sebanyak 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.

Semoga perkongsian cara semakan daftar mengundi (pemilih) secara online & SMS boleh dijadikan panduan buat warga Malaysia semasa musim pilihanraya umum ini.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Kimia Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 18 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives

Rahsia LULUS Temuduga Jawatan SPA

error: Content is protected !!