Semakan Status BR1M 2018 Online

Semakan BR1M 2018 Online : Status Permohonan, Kemaskini Dan Rayuan. Sekiranya anda merupakan salah seorang pemohon bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tahun 2018, pasti anda ingin tahu bilakah tarikh anda dapat memperoleh wang BR1M 2018. Untuk pengetahuan semua, Permohonan BR1M 2018 telah dibuka bermula dari 1 November 2017 sehingga 25 Januari 2018. Berikut dikongsikan cara semakan status BR1M 2018 secara online dan manual.

Pemohon yang berkelayakan boleh membuat Permohonan BR1M 2018 secara atas talian di portal rasmi eBR1M. Setelah membuat permohonan, anda boleh mengetahui sekiranya status permohonan BR1M 2018 anda lulus ataupun tidak.

Semakan Status BR1M 2018

Untuk makluman, pemohon boleh membuat semakan status permohonan BR1M 2018 dengan lebih mudah dan pantas melalui sistem semakan secara online. Selain itu, ada juga beberapa kaedah yang lain yang akan dikongsikan di bawah.

Bagi yang belum sedia maklum, jumlah pemberian BR1M 2018 masih dikekalkan untuk semua kategori penerima. Jumlah maksimum sebanyak RM1,200 akan diberi bagi golongan yang berpendapatan bulanan isi rumah kurang RM2,000 dan ke bawah. Maklumat semakan status permohonan dan rayuan BR1M 2018 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semakan Status BR1M 2018 Online: Cara Menyemak Status Permohonan

Berikut dikongsikan cara semakan status permohonan BR1M 2018 secara online:

  • Sekiranya inign melakukan semakan Status BR1M 2018 Online, anda dapat melakukannya melalui Aplikasi Online ini: https://ebr1m.hasil.gov.my/
  • Bagi yang ingin menyemak Status BR1M 2018 melalui Aplikasi Mobile BR1M:
    • Muat turun Aplikasi Mobile BR1M di Play Store bagi platform Android; dan
    • Muat turun Aplikasi Mobile BR1M di App Store bagi platform iOS untuk menyemak status BR1M 2018.
  • Semakan Status BR1M 2018 juga dapat dilakukan melalui Email iaitu email sama yang anda isikan semasa pendaftaran.

Semakan Status BR1M 2018 Online: Maklumat Berkenaan Status Permohonan BR1M Yang Terpapar

Berikut adalah antara status permohonan BR1M 2018 yang dipaparkan selepas semakan status BR1M dibuat:

  1. DIDAFTARKAN: Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini.
  2. DITERIMA: Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima.
  3. DALAM PROSES: Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan.
  4. DITANGGUHKAN: Pemohon perlu membuat kemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan.
  5. LULUS: Permohonan telah diluluskan atau berjaya.
  6. TIDAK LULUS: Permohonan tidak diluluskan atau tidak berjaya.
  7. STATUS KREDIT TIDAK BERJAYA: Surat makluman lulus gagal kredit akan diposkan kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Cara Lain Semakan

  1. Melalui Pos
  2. Email
  3. Applikasi mobile semakan brim

Maklumat lanjut, klik cara semakan brim

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai permohonan BR1M 2018, sila hubungi:

  • talian hotline BR1M LHDN
    • 1-800-88-2716
  • talian hotline BR1M MOF
    • 03-88824565, 03-88824566
  • atau emel ke
    • br1m@treasury.gov.my.
  • Laman Web
    • https://ebr1m.hasil.gov.my/

Kepada semua pemohon, selamat membuat semakan status Permohonan BR1M 2018 secara online. Semoga segala urusan dipermudahkan dan berjaya mendapat bantuan BR1M.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada
Jawatan Kosong Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakan dan sedang mencari pekerjaan dalam sektor pendidikan. Kerja kosong buat mereka yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh
Jawatan Kosong PTPTN. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing  untuk mengisi kekosongan jawatan  yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan  jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Jawatan Kosong SAINS Water. Perhatian buat mereka di luar sana yang sedang mencari kerja. Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikongsikan
Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad. Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Pos Malaysia Berhad dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara. Berita baik kepada mereka yang berminat dan ingin berkerja di dalam sektor awam. Kerja kosong buat mereka yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda kini berpeluang
Jawatan Kosong Yayasan Selangor. Perhatian buat mereka di luar sana yang sedang mencari kerja. Yayasan Selangor  dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

Keep Updated With The Latest Job Posts!

error: Content is protected !!