Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2024

Tarikh Akhir Hantar e-Filling 2024? Perhatian buat pekerja yang dikenakan cukai pendapatan. Bilakah tarikh akhir hantar borang cukai pendapatan untuk taksiran tahun 2023? Dikongsikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), LHDN memaklumkan yang pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2023 mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT dan TF mulai 1 Mac 2024 ini.

Bagi Borang BE, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang tersebut menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing). e-Filing dan m-Filing merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai pendapatan

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2024 LHDN (Borang BE 2023)

LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar BNCP dikenakan terhadap mereka.

Tarikh akhir pengemukakan BNCPTahun Taksiran 2023 bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF secara Borang Kertas (manual) adalah seperti berikut :-

JENIS BORANG

KATEGORI

Tarikh Akhir MENGHANTAR Borang dan MEMBAYAR cukai pendapatan tahun taksiran 2023 [Masa Tambahan Manual & e-Filing]

EMajikan31 Mac 2024 (1 bulan)
BEIndividu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan)30 April 2024 (15 hari)
BIndividu (Pemastautin yang menjalankan perniagaan)31 Jun 2024
PPerkongsian31 Jun 2024
BTIndividu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran)Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 (15 hari)

31 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan) (15 hari)

MIndividu Bukan PemastautinTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 (15 hari)

31 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan) (15 hari)

MTIndividu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 (15 hari)

31 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan) (15 hari)

TPHarta PusakaTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 (15 hari)

31 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan) (15 hari)

TFPertubuhanTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 (15 hari)

31 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan) (15 hari)

TJKeluarga Sekutu HinduTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024

31 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan)

*Tiada e-Filing

C 2024Syarikat *7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
C1 2024Koperasi7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
PT 2024Perkongsian Liabiti Terhad7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
TC 2024Unit Amanah / Amanah Harta Tanah7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
TA 2024Badan Amanah7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
TR 2024Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta7 bulan daripada tarikh penutupan akaun
* Tiada e-Filing
TN 2024Amanah Perniagaan7 bulan daripada tarikh penutupan akaun
* Tiada e-Filing

* NOTA : Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai

Panduan penting buat pembayar cukai pendapatan :-

  1. Tarikh tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDN
  2. BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh akhir pengemukaan borang.
  3. Contoh 1 : Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2023 adalah 30 April 2024. Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2024 bagi e-Filing Borang BE (Borang e-BE) Tahun Taksiran 2023. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang e-BE Tahun Taksiran 2023 pada 1 Julai 2024, BN tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2024 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
  4. Contoh 2 : Tempoh perakaunan amanah pelaburan harta tanah (REIT) berakhir pada 31 Mei 2024. Tarikh akhir pengemukaan BN bagi REIT (Borang TR) Tahun Taksiran 2023 adalah 31 Disember 2024. Tambahan masa  diberikan sehingga 5 Januari 2025. Sekiranya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerima BN tersebut melalui pos pada 6 Januari 2025, BN tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Januari 2025 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967.
  5. Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) / subseksyen 48(1) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [APCP 1967] bagi BN (kecuali Borang E, Borang P dan Borang CPE) yang dikemukakan melalui e-Filing / pos
  6. Bagi kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:-
    • a) BN selain Borang E dan Borang P
      Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
    • b) Borang E dan Borang P
      Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967

Pembayar cukai boleh merujuk pautan berikut untuk sebarang maklumat tambahan masa untuk mengemukakan BNCP secara e-Filing, pos atau serahan tangan.

Alamat bagi Penghantaran Borang Nyata 

Berikut adalah alamat bagi penghantaran borang nyata:

Panduan Menggunakan e-Filling

Pembayar Cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing sebelum ini perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.

Manakala bagi pembayar cukai yang terlupa kata laluan e-Filing dan mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM pula. Mereka boleh set semula (reset) kata laluan melalui menu Terlupa Kata Laluan di portal ezHASiL.

Bagi pembayar cukai yang tidak mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, mereka perlu hadir ke kaunter khidmat pelanggan LHDNM untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Sementara kata laluan e-Filing mereka. Sila bawa bersama-sama kad pengenalan atau pasport sebagai pengesahan dan rekod.

Adalah diingatkan bahawa permohonan untuk reset kata laluan e-Filing menggunakan selain daripada kaedah-kaedah di atas tidak akan dilayan.

Adalah dinasihatkan “Pembayar cukai diminta segera mengemukakan BNCP mereka dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan,”

Apa Itu e-Filling?

e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN. Ianya untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan htpps://ez.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan di talian 1-800-88-5436. Panduan e-filling Klik LHDN.

Semoga perkongsian Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2024 bermanfaat buat semua. Selamat menghantar borang cukai pendapatan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives