Tugas Pelukis Pelan Seni Bina Gred JA19/JA29

Deskripsi Tugas Dan Tangga Gaji Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19/JA29. Panduan buat mereka yang berminat untuk bekerja dalam bidang Kejuruteraan. Jawatan Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19/JA29 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Senarai Tugas  Pelukis Pelan Seni Bina Gred JA19/JA29 beserta dengan jadual gaji minimum/ maksimum.Seterusnya, syarat lantikan dan kelayakan yang boleh dirujuk di bawah ini.

Mereka yang berkeinginan untuk mengisi jawatan kosong Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19/JA29 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bagi yang berminat, sangat dialu-alukan untuk mendaftar secepat mungkin.

Tugas Pelukis Pelan Seni Bina Gred JA19/JA29

Deskripsi Tugas Pelukis Pelan Seni Bina (SPA) Gred JA19/JA29

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19/JA29 di Jabatan Kerja Raya/Jabatan/Agensi/Pihak Berkuasa Tempatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

  • Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan study model, menyediakan reka bentuk, menyedia lakaran reka bentuk, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding, memantau maklum balas penilaian teknikal, melaksanakan audit kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina.

Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan:  Jabatan Kerja Raya/Jabatan/Agensi/Pihak Berkuasa Tempatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Jadual Gaji Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19/JA29

Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19/JA29

i. JA19

  • GAJI MINIMUM : RM 1,377.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00

ii. JA29

  • GAJI MINIMUM : RM 1,549.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 5701.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 145.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19/JA29:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a. warganegara Malaysia;
  • b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PELUKIS PELAN (SENI BINA) GRED JA19

  • c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,435.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24).

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29

  • d. sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
  • e. diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Sumber SPA

Semoga perkongsian tugas Pelukis Pelan Seni Bina Gred JA19/JA29 dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat maju jaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives