Deskripsi Tugas Pereka (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Berminat menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam? Bagi mereka yang pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis. Jawatan Pereka merupakan adalah di antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai skop kerja dan deskripsi Tugas Pereka B19 Hingga B53 beserta jadual gaji minimum/maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pereka, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Pereka Gred B19 B29 B41 Hingga B53

Deskripsi Tugas Pereka (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Berikut merupakan deskripsi tugas Pereka.

  • Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional, Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Jadual Tangga Gaji Pereka

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pereka Gred B19 hingga B53.

GRED

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

B19RM1,360.00RM4,032.00RM100.00
B21RM2,047.00RM4,747.00RM115.00
B25RM2,597.00RM5,289.00RM125.00
B27RM2,726.00RM5,564.00RM130.00
B29RM1,499.00RM5,679.00RM145.00
B31RM2,851.00RM6,263.00RM155.00
B37RM3,565.00RM7,588.00RM180.00
B39RM4,993.00RM8,979.00RM225.00
B41RM2,095.00RM9,87.00RM225.00
B43RM3,600.00RM10,456.00RM250.00
B47RM5,162.00RM11,692.00RM270.00
B51RM5,797.00RM12,372.00RM290.00
B53RM6,124.00RM13,182.00RM320.00

Syarat Lantikan – Pereka

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Pereka:

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Pereka Gred B19

  • memiliki pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).

Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Pereka Gred B29

  • memiliki pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
  • diploma dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78).

Syarat Lantikan – Kelayakan Lantikan Ke Pereka Gred B41

  • memiliki pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00); atau
  • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon bagi lantikan mestilah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Syarat Lantikan Terus Ke Jawatan Pereka Gred B21 Atau B25

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pereka Gred B21 atau B25 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • memenuhi syarat kelayakan lantikan ke gred B19 dan Kelayakan Bahasa Melayu; dan
  • memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
  • memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    • (Gaji permulaan lantikan pada Gred B21: RM2,047.00 /Gaji permulaan lantikan pada Gred B25: RM2,597.00).

Syarat Lantikan Terus Ke Jawatan Pereka Gred B31 Atau B37

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pereka Gred B31 atau B37 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • memenuhi syarat kelayakan lantikan ke gred B29 dan Kelayakan Bahasa Melayu; dan
  • memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
  • memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    • (Gaji permulaan lantikan pada Gred B31: RM2,851.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred B37: RM3,565.00).

PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEREKA GRED B29 (DESKRIPSI TUGAS PEREKA)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurusolek adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pereka Gred B29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan lantikan ke Gred B29; dan
  • had umur pelantikan;
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    • kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEREKA GRED B41

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurufotografi Gred B29/30, B31/32, B37/38 atau B39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pereka Gred B41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan lantikan ke Gred B41; dan
  • had umur pelantikan;
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    • kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Syarat Lantikan Terus Ke Jawatan Pereka Gred B43, B47, B51 ATAU B53

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pereka Gred B43, B47, B51 atau B53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • memenuhi syarat kelayakan lantikan ke gred B41 dan Kelayakan Bahasa Melayu; dan
  • memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
  • memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    • (Gaji permulaan lantikan pada Gred B43: RM3,600.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B47: RM5,162.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B51: RM5,797.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B53: RM6,124.00).

Syarat Ujian Khas

  • Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Untuk maklumat lanjut Deskripsi Tugas Pereka gred B19 hingga B53 beserta gaji sila rujuk di Sumber: Portal Rasmi SPA

Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Pereka beserta gaji ini dapat menjadi panduan buat para pemohon. Daftarlah dengan segera dan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives