Tugas Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 Serta Gaji

Deskripsi Tugas Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 SPA Dan Gaji. Sekiranya anda berminat untuk menceburi sektor kesihatan kerajaan, jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 mungkin sesuai untuk anda. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang memerlukan kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil sekiranya ingin dipohon.

Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i online di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, jangan membuang masa dan daftarlah dengan segera. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Tugas Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 Serta Gaji

Deskripsi Tugas Pembantu Kesihatan Awam Gred U19

Tugas Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 merangkumi:

  • Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)
    • Menyelia pembinaan sistem pelupusan air limbah;
    • Menyelia pembinaan sistem pelupusan sisa pepejal;
    • Mengawal mutu dan kualiti air minum luar bandar dan menolong dalam penguatkuasaan Akta Air Minum;
    • Terlibat dalam penjagaan kesihatan alam sekitar serta aktiviti atau program perlindungan alam sekitar.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadual Gaji Pembantu Kesihatan Awam Gred U19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Kesihatan Awam U19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,360.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Merinyu.

    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
      (Kelayakan lantikan untuk kegunaan Pihak berkuasa Tempatan)
      (Gaji awal bermula pada Gred U19 iaitu 1,360.00); atau
      b) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Juga Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred U19 iaitu 1,418.12)
      c) Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
    Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Operasi adalah layak diberi pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik mengenai Peningkatan Secara Lantikan ke Jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

    • Memenuhi ciri-ciri di perenggan 1 (c); atau
    • Lulus peperiksaan Khas; dan
    • Had umur pelantikan:
      (i) berumur  tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 55 atau 56 tahun; atau
      (ii) berumur tidak melebihi 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 58 tahun; atau
      (iii) berumur tidak melebihi 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 60 tahun.

Sumber: SPA

Semoga perkongsian jawatan kosong beserta deskripsi tugas seorang Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 ini dapat membantu para pemohon. Selamat maju jaya kepada semua.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives