Tugas Pembantu Kesatria Gred S19

Deskripsi Tugas Pembantu Kesatria Gred S19 SPA Dan Gaji. Berminat menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam? Bagi lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil yang sedang mencari pekerjaan, jawatan Pembantu Kesatria Gred S19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Kesatria Gred S19 termasuk jadual gaji minimum/maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Kesatria Gred S19, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8idi Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.

Tugas Pembantu Kesatria

 

Deskripsi Tugas Pembantu Kesatria Gred S19

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Kesatria Gred S19.

  • Bertugas menolong dalam menyusun sukatan pelajaran kawad, melaksanakan latihan kawad termasuk peraturan yang ditetapkan, mengawal dan menguatkuasakan disiplin dalam kalangan para pelatih di pusat latihan.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan

Jadual Gaji Pembantu Kesatria Gred S19

Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Kesatria Gred S19.

  • GAJI MINIMA : RM 1,355.00
  • GAJI MAKSIMA : RM 4,007.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan – Senarai Tugas Pembantu Kesatria Gred S19

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Pembantu Kesatria Gred S19.

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya .
        (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,352.00); atau
      • Pernah berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia. Sekurang-kurangnya berpangkat Koperal dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta tidak mempunyai masalah dalam rekod perkhidmatan.
        (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,352.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,408.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,464.80).
  • Ciri-ciri fizikal:

    • Memenuhi ciri-ciri ukuran fizikal dan pancaindera seperti di bawah:
      • tinggi 1.57 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.53 meter untuk perempuan tanpa memakai kasut;
      • berat badan tidak kurang dari 48 kilogram untuk lelaki dan 46 kilogram untuk wanita;
      • memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      • memiliki 79 sentimeter atau lebih bagi ukuran dada yang biasa dan 84 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja);
      • lulus dalam ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan yang diuji secara berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai kaca mata;
      • boleh mengecam warna dan bunyi dengan baik dan tiada cela; dan
      • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1(c)(i), 1(c)(iii) dan 1(c)(iv) mestilah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya .

Sumber SPA

Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas dan gaji Pembantu Kesatria Gred S19 ini dapat menjadi panduan buat para pemohon. Selamat berusaha dan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives