Tugas Pembantu Makmal Gred C19 Serta Gaji

Deskripsi Tugas Pembantu Makmal Gred C19 SPA Serta Gaji. Mahu kerja kerajaan? Sekiranya bidang sains menarik minat anda, cubalah memohon jawatan Pembantu Makmal Gred C19. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang memerlukan kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil.

Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Makmal Gred C19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8idi Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Berikut dikongsikan Senarai Tugas seorang Pembantu Makmal Gred C19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Tugas Pembantu Makmal

Deskripsi Tugas Pembantu Makmal Gred C19

Berikut merupakan tugas Pembantu Makmal Gred C19:

  • Melakukan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, menolong menyelenggara kelengkapan analisis, penyediaan stok reagen dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diamanahkan oleh pegawai atasan.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji Pembantu Makmal Gred C19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Makmal Gred C19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,357.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,008.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Makmal Gred C19.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau mana-mana satu subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
        (Gaji awal bermula pada Gred C19 iaitu RM1,357.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred C19 iaitu RM1,413.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred C19 iaitu RM1,469.80).
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Kepada yang berminat untuk menjadi Pembantu Makmal Gred C19, usahlah berlengah lagi. Teruskan memohon dan semoga berjaya.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives