Tugas Pembantu Penerbitan Gred N19 Serta Gaji

Deskripsi Tugas Pembantu Penerbitan Gred N19 SPA Beserta Gaji. Berminat mengendalikan hal berkaitan penerbitan? Jawatan Pembantu Penerbitan Gred N19 mungkin dapat menarik minat anda. Apakah tugas seorang Pembantu Penerbitan Gred N19? Jawatan ini adalah antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil.

Untuk memohon jawatan Pembantu Penerbitan Gred N19 secara rasmi, mereka yang berminat boleh melakukan pendaftaran dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera kepada yang berminat.

Tugas Pembantu Penerbitan Gred N19 Serta Gaji

Deskripsi Tugas Pembantu Penerbitan Gred N19

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Penerbitan Gred N19 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Antara tanggungjawab seorang Pembantu Penerbitan Gred N19 adalah seperti berikut:

  • Bertugas menolong menyediakan kertas-kertas ganjaran atau Pencen Ahli MMK atau ADUN atau Balu ADUN. Menolong kerja-kerja Urus Setia Jawatankuasa di bawah Dewan Undangan Negeri, hal-hal di bawah Kanun Acara Jenayah, menterjemah surat-menyurat, mengendalikan perpustakaan Dewan Undangan Negeri serta menyediakan Agenda/Minit Mesyuarat MMK.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan

Skop Tugas Pembantu Penerbitan Gred N19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Penerbitan Gred N19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,003.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Penerbitan Gred N19.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil pada peringkat peperiksaan tersebut.
        (Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,352.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,408.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,464.80).
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber: SPA

Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian skop kerja dan gaji Pembantu Penerbitan Gred N19 dapat memberi anda idea akan skop kerja dan gaji pemegang jawatan ini.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives